NUFFNANG

Friday 1 May 2009

Hadi Awang tersungkur di pentas Muktamar?

Hadi Awang tersungkur di pentas Muktamar?

Ibarat air yang mendidih sedang tumpah ke lantai itulah yang boleh dikatakan pada PAS hari ini, walaupun pemimpin utama mengatakan tiada kelompok ulama ( kelompok presiden Hadi Awang) dan Erdorgan ( kelompok profesional pimpinan Husam) dalam PAS namun hakikatnya, percikkan dari kepanasan didihan air tersebut terlampau kuat hingga telah jatuh ke bumi, sehingga bahang kepanasan air tersebut turut dirasaai orang lain.

PAS seboleh mungkin akan cuba mengelak masalah dalaman parti diketahui oleh musuh, kerana dibimbangi akan membawa imej tidak baik terhadap parti yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan. Bagi mengelakkan masalah dalaman parti diperbincangkan di kalangan massa, kelemahan musuh diperbesarkan oleh jentera parti. Hasilnya PAS berjaya menutup ruang kelemahan yang ada pada diri.

Namun akhir-akhir ini perkara ini sudah tidak dapa dilindungi lagi, lebih-lebih lagi semenjak kelompok Erdorgan yang diketuai oleh Husam Musa ini diberikan harapan oleh akar umbi PAS dalam pemillihan kawasan.

Sudah ada suara-suara yang berani mempertikaikan konsep wala' kepada pimpinan, konsep kepimpinan ulama dan mengkritik secara terbuka gerak kerja parti oleh kumpulan Presiden.

Lebih jelas lagi apabila ada yang ingin mengangkat Mursyidul Am PAS sebagai Presiden Parti, walaupun cadangan ini mustahil kerana faktor umur Nik Aziz namun ia mempunyai mesej yang besar kepada Presiden sedia ada iaitu Hadi Awang.

Hingga hari ini Husam masih belum membuat kenyataan beliau ingin mencabar Presiden atau Timbalan Presiden hanya Mat Sabu sahaja yang ingin menyatakan hasrat mencabar kerusi Timbalan Presiden yang dimiliki oleh Ustaz Nasharudin. Mungkin Husam sedang mengintai diam-diam sekiranya arus didalam PAS semakin besar dan beliau semakin banyak mendapat pencalonan yang inginkan beliau menjadi peneraju atau org no 2 parti, saat itu baru beliau muncul dan menawarkan diri, kerana saat itu beliau mengetahui beliau akan menang.

Kita harus ingat sejarah PAS sebelum ini menunjukkan itulah yang dialami olah Dato' Asri tanpa disedar oleh beliau terdapat gelombang yang besar ingin menolak beliau sebagai Presiden. Tatkala Muktamar ke-28 beliau terpaksa meletakkan jawatan dan mengembalikan amanah yang diberi oleh pewakilan kepadanya.

Adakah Hadi Awang atau Nasharudin akan mengalami perkara yang sama dalam Muktamar Jun nanti, ini yang merisaukan kumpulan penyokong Hadi Awang. Sewaktu zaman Dato Asri ahli PAS sering mengagap PAS itu Asri dan ASri itu PAS kerana karisma kepimpinan yang ada pada tokoh tersebut, malah Anwar Ibrahim sewaktu menjadi timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pun pernah menyanjungi kepimpinan Asri lantaran ketokohannya.

Kini Husam Musa pun seakan-akan mempunyai karisma kepimpinan yang hampir sama dengan Asri, golongan profesional didalam PAS lebih melihat Husam mempunyai karisma kepimpinan berbanding tokoh Hadi Awang atau Nasharudin yang dianggap lembap.

Walaupun mereka tahu Husam menpunyai hubungan yang intim dengan Anwar tetapi golongan ini seolah-olah memaafkan dan membiarkan perkara tersebut kerana terlalu membenci Hadi Awang dan Nasharudin lantaran idea muzakarah dan unity goverment.

Yang kelakarnya idea itu belum pernah pun diperbincangkan secara serius oleh PAS dan UMNO, tetapi kumpulan Erdogan telah menjadikan itu sebagai alasan utama menolak kepimpinan Ulama.

Kumpulan Husam ini seringkali menggunakan Nik Aziz sebagai benteng untuk menyelamatkan diri jika tersepit dalam sesuatu perkara yang melibatkan kumpulan tersebut atau teman baik kumpulan ini iaitu Anwar Ibrahim dan DAP. Kerana mereka tau orang PAS akan hormat kenyataan yang dikeluarkan olelh Mursyidul Am dan dihormati. Sebab itu seringkali kita terkejut apabila Nik Aziz mengeluarkan pandangan yang dianggap luar konteks pemikiran hingga tidak terlintas di fikiran seperti membela Elizabeth Wong dalam skandal gambar separa bogel (walaupun menegetahui exco tersebut pernah bersekedudukan dengan Hilmi) dan merestui penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama lain.



Suatu ketika dahulu orang PAS selalu mengatakan UMNO yang menjadikan Ulamak umpama ular dalam semak, namun sekarang kita dapat melihat Husam sendiri yang menyalahgunakan ulamak untuk menaikkan kedudukan politikknya.

kzso - semoga ALLAH SWT memelihara dan melindungi golongan ulama'

No comments: