- MUTAKHIR
11.23 pagi: Bekas Adun Sungkai, Datuk P Ganesan dilantik sebagai Speaker dan pada masa sama Sivakumar masih di tempatnya.
[+] 11:25 AM
Datuk R Ganesan dilantik sebagai Speaker DUN Perak. MB usul tangguh sidang selama sejam dan diluluskan.
[+] 11:17 AM
11.00 pagi: Bekas Adun Sungkai, S Ganeson, bangun dan angkat sumpah sebagai Speaker Dewan. Sivakumar, bagaimanapun masih berada di tempatnya dan pertikaman lidah terus berlaku.
[+] 11:02 AM
10.55 pagi: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, bangun cadangkan bekas Adun Sungkai ganti Sivakumar sebagai Speaker, disokong Exco Kanan, Datuk Hamidah.
[+] 10:59 AM
10:50: Adun Bebas, Yit Foong, mencelah beliau mahu ambil alih perjalanan Dewan daripada Sivakumar. Beliau dakwa sebagai Timbalan Speaker kini miliki majoriti sokongan ahli Dewan untuk jalankan tugas Speaker.
[+] 10:52 AM
10:41: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kemukakan usul pecat Speaker, V Sivakumar dan disokong semua Adun Barisan Nasional (BN) dan Bebas tetapi ditolak Speaker.
[+] 10:42 AM
10.26 pagi: Beberapa lagi penyokong parti ditahan. Masih ada kira-kira 500 berkumpul di pintu depan bangunan SUK.
[+] 10:27 AM
10 pagi: Suasana masih kecoh dalam Dewan, Speaker, V Sivakumar, terus desak Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco dan tiga Adun Bebas keluar dewan dan tegaskan keputusan beliau adalah muktamad dan tidak akan benarkan perasmian sidang selagi mereka terbabit tidak keluar Dewan.
[+] 10:25 AM
Pemangku Raja berangkat merasmikan persidangan DUN Perak
IPOH: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, hari ini berangkat merasmikan pembukaan mesyuarat pertama persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini. [+] 09:49 AM
9.30 pagi: Keberangkatan tiba Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, untuk istiadat perasmian sidang DUN.
[+] 09:37 AM
8.45 pagi: Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan kerana membawa poster, memakai baju hitam dan lilitan dengan tulisan 'BUBAR DUN".
[+] 09:16 AM
8.30am, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, ditahan kerana cuba memasuki Bangunan SUK Perak
[+] 09:08 AM
Keadaan lengang, jalan ke Bangunan SUK dikawal ketat
IPOH: Hampir semua jalan masuk menuju ke Bangunan Perak Darul Redzuan, di sini yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN), dikawal ketat anggota polis, seawal jam 6 pagi tadi. [+] 07:13 AM
No comments:
Post a Comment