Azmin Ali hina wanita atas dasar akidah PKR
Jadi penilai pertama [?] |
KHALID ABDULLAH, malaysia aktif
Akidah songsang PKR membuat kepimpinan mereka terasa lebih suci daripada semua yang lain. Akidah perjuangan PKR jelas terpampang dengan terpaculnya kata-kata menghina dari mulut Timbalan Presiden parti tersebut, Azmin Ali yang sanggup melupai adab Melayu apabila ada sesiapa berani mendedahkan kesalahan dan kesilapan mereka.
Apakah akidah perjuangan PKR? Akidah mereka mudah: ‘`Kami tak pernah salah.'’
Mereka berpegang terhadap tunjang kepercayaan ini tanpa kompromi dan ia dijadikan satu elemen wajib, satu rukun kepada khutbah politik mereka. Malah adalah wajib kepada setiap penceramah PKR untuk menyatakan apa saja pendedahan keburukan dan pekung parti adalah mainan politik kotor Barisan Nasional.
Berlandaskan akidah ini, Azmin Ali telah menghina dan mencerca Aminah Abdullah, calon bebas pilihanraya kecil DUN Penanti, dengan melabel beliau sebagai ‘wanita ronggeng’.
Apakah bukti Azmin bahawa Aminah mempunyai akhlak yang rendah dan suka berpoya-poya dengan lelaki?
Mengapa pihak Dewan Muslimah PAS, Wanita PKR dan DAP tidak melompat marah apabila mendengar Azmin menghina seorang perempuan yang berani menegakkan kebenaran?
Jawapan kepada kedua-dua solan itu adalah mudah: `‘Kami tak pernah salah.''
Sikap yang sama dipamerkan ketika berbincang permasalahan di Perak – Kata mereka menggulingkan kerajaan persekutuan dengan cara lompat parti adalah cara yang betul tetapi apabila tiga wakil mereka berubah fikiran maka segala perkataan kotor dilemparkan ke arah mereka bersma dengan tuduhan mainan politik kotor BN.
Tindakan refleks mereka apabila berdepan dengan kelemahan ialah menuding jari, seolah-olah ia mampu menghalau hantu.
Inilah pentingnya kita menggariskan akidah perjuangan yang betul sebelum masuk ke medan perang.
Jika akidah perjuangan PKR benar-benar untuk menegakkan keadilan, sudah tentu mereka berterima kasih kepad Aminah kerana memberi amaran awal terhadap kanser korupsi dan salah guna kuasa yang berlaku di kalangan ahli dan kepimpinan mereka.
Tetapi jika akidah perjuangan mereka adalah ‘kami tak pernah salah’, maka sudah tentu menjadi tanggungjawab setiap ahli dan pemimpin mereka untuk memaki hamun dan mencerca setiap individu atau kumpulan yang berani menyatakan terdapat kekurangan dan kepincangan dalam PKR. Mereka yang mendedahkan pekung PKR dianggap sebagai menyerang akidah perjuangan parti.
Berbekalkan akidah tersebut, maka Azmin percaya beliau bertindak betul dan berani sebagai pejuang yang mempertahankan akidah parti.
Akidah ini menjanjikan satu kerajaan yang tidak akan mendengar sebarang kritikan dan pembangkang.
Sebagai parti yang baru setahun jagung, akidah ini sudah tentu akan merosakkan mereka dan masa depan sistem dua parti negara ini.
sumber- malaysiaaktif
1 comment:
Salam...
A little bit out of context.. need to make this announcement:
Tonite from 10 till 12, open forum on SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA. Esteemed bloggers will join to ans your questions... Dare to speak out loud and stop bickering behind the curtains... All are welcome to participate...
Pls log to my Facebook. Thank you.
Post a Comment