Nizar yang begitu dahagakan kuasa
Dinilai [?] oleh 3 orang |
Oleh: Lebah Kota
Tak Sabar-sabar hendak berkuasa dan membalas dendam.
Itulah yang dapat dirumuskan dengan perangai buruk Nizar Jamaluddin, seorang pemimpin yang mewakili sebuah parti berteraskan Islam.
Sebelum ini Nizar memutar-belit bisikan Raja Nazrin kepada beliau semasa baginda hendak menyampaikan titah Diraja sempena pembukaan mesyuarat pertama penggal kedua sidang DUN Perak, Khamis lalu.
Nizar menjaja cerita di seluruh negeri Raja Nazrin menyebelahi beliau sedangkan bisikan Raja Nazrin lebih kepada rasa kurang senang baginda dengan tindak tanduk para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang ketika itu.
Terbaru, selepas Mahkamah Tinggi semalam mengumumkan Nizar kekal sebagai Menteri Besar yang sah, tanpa berlenggah-lenggah dan sempat menarik nafas, beliau membuat mesyuarat exco malam tadi dan ambil keputusan gantung tiga pegawai kerajaan negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Abdul Rahman Hashim dan Setiausaha Kewangan Negeri, Jamaluddin Al Amini.
Turut digantung ialah Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid dan semua pergantungan tugas itu berkuat-kuasa serta-merta.
Lebah Kota tidak faham, kenapa Nizar perlu begitu pantas membuat pergantungan melibatkan beberapa pegawai kerajaan negeri itu.
Sabarlah sedikit. Kot iye pun nak balas dendam sangat, bawaklah bertenang.
Keputusan beliau kekal MB umum petang semalam, malam sudah buat mesyuarat untuk gantung para pegawai negeri.
Keputusan mungkin boleh juga dibuat pagi ini. Ini tidak, sepanatas yang boleh.
Nizar dan para pemimpin Cina Perak yang sering mengapit kiri dan kanan dirinya itu tidak ada niat lain selain mahu menggenakan para pegawai terbabit.
Namun, dalam hal ini Nizar silap, kalau selama ini ada sebarang kenyataan atau tindak-tanduk para pegawai berkenaan yang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat pun, Nizar harus faham bahawa mereka hanya menjalankan arahan kerajaan sebelum ini.
Dalam erti kata lain, pegawai kerajaan hanya mengikut arahan kerajaan yang sedang memerintah ketika itu (government of the day).
Mereka bukannya ada hak atau kuasa membuat keputusan melangkaui arahan kerajaan.
Lagipun bila Nizar berkuasa, sudah pasti mereka akan tunduk kepada arahan beliau pula. Takkan mereka berani hendak melawan kerajaan negeri.
Jadi, sebagai seorang pemimpin parti Islam, Nizar haruslah ada pertimbangan keislaman sikit.
Adalah sifat pemaaf dan belas kasihan serta simpati sedikit. Ini tidak, langsung tidak fikir apa pegawai kerajaan itu nak bagi anak bini mereka makan bila digantung begitu sahaja.
Namun, sifat buruk Nizar tidak lama, Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari mengumumkan Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai MB perak sehingga mahkamah itu menyelesaikan kes rayuan Dr. Zamry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.
Zamry telah menunjukkan sifat yang lebih bijak dan profesional apabila hari ini mengumumkan bahawa semua pegawai-pegawai yang digantung itu diterima kembali untuk bekerja.
Mungkin Nizar boleh belajar sesuatu daripada sikap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.
Jangan terlalu rakus hendak berkuasa hingga mengenakan orang-orang yang tidak bersalah.
Sabarlah Nizar, janganlah rakus sangat hendak berkuasa.
artikel pilihan: Malaysia - Instinct
1 comment:
huh>? you make no sense.
Post a Comment