NUFFNANG

Tuesday, 12 May 2009

Nizar Bintang 3 sah Penderhaka!!!

Nizar Bintang 3 sah Penderhaka!!!

Lihatlah sendiri bagaimana Nizar Bintang 3 wal komunisi ni! Dia begitu gembira kerana telah berjaya! Dia berjaya menentang siapa sebenarnya? Anda fikirkanlah!

Hari ini aku melihat bagaimana Nizar Bintang 3 dan konco-konco komunisnya telah menderhaka pada institusi kesultanan negeri Perak! Nizar Bintang 3 juga buat pertama kali dalam sejarah Malaysia menjadi MB minoriti! Wah, dahsyat kan?

Mereka dengan begitu bangga sekali mengatakan mereka betul dan mereka juga bangga perlantikan Dr Zambry tidak sah!

Sebenarnya, apabila Nizar Bintang 3 mencabar keputusan perlantikan Dr Zambry tempohari maka ianya secara tidak langsung telah mencabar keputusan Sultan Perak! Betul tak?

Yalah, bukankah Tuanku Sultan yang telah melantik Dr Zambry? Jadi apabila Nizar mempertikaikan Dr Zambry bermakna secara tidak langsung Nizar Bintang 3 telah menderhaka dan mempersoalkan Tuanku Sultan kan?

Wahai Rakyat negeri Perak, inikah yang kita mahukan? Sanggupkah kita melihat Sultan kita di hina sebegini? Apakah sebagai rakyat negeri Perak kita harus duduk diam dan tengok sahaja Nizar Bintang 3 dan kaum kerabat komunisnya mempermainkan institusi Raja sebegini?

Lagi satu, selalunya pakatan pembangkang mengatakan bahawa mahkamah tidak adil, nah sekarang boleh dikatakan kesemua keputusan menyebelahi mereka, tapi adakah mereka berpuashati? He he he

Saya terima keputusan mahkamah itu, saya tidak mempersoalkan kebijaksanaan hakim, saya mahu rakyat negeri Perak lihat dan nilaikanlah sendiri bagaimana Nizar bintang 3 bersama dengan kumpula komunisnya cuba menghina Sultan!

Siapa yang perlu pertahankan Sultan lagi kalau bukan kita rakyat negeri Perak! Ayuh semua rakyat negeri Perak, kita pertahankan Sultan Perak yang kita sanjungi dan kita kasihi!

Walau apa pun keputusan mahkamah, majoriti tetap menyebelahi BN kerana BN memiliki 31 kerusi dan Pakatan Pembangkang hanya ada 28!

Jadi sekarang Nizar Bintang 3 al komunisi ni akan mengadap Tuanku Sultan dan minta Dewan Undangan Negeri untuk dibubarkan! Terserahlah pada Tuanku Sultan untuk menggunakan kebijaksanaan tuanku dalam membuat keputusan. Baca disini!

Tapi tuan-puan sekalian, akan dibubarkah DUN oleh tuanku Sultan? Kenapa perlu dibubarkan DUN apabila tuanku Sultan tahu yang BN memiliki majoritinya? Harus di ingat ya, walau apa sahaja keputusan mahkamah, dalam isu pembubaran DUN adalah hak mutlak Tuanku Sultan!

Daulat Tuanku, Kami rakyat Perak akan tetap menyokong tuanku di dalam apa keadaan sekali pun! Kami benci penderhaka dan kami harap Nizar Bintang 3 dan kumpulan komunisnya akan di lucut kan kerakyatan mereka!

Kami akan terima apa sahaja keputusan Tuanku!


No comments: