NUFFNANG

Tuesday, 12 May 2009

Nizar akan berhadapan dengan undi tidak percaya ?

Nizar akan berhadapan dengan undi tidak percaya


Mahkamah Tinggi telah memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Dalam keputusanya Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata Menteri Besar hanya boleh disingkirkan menerusi undi tidak percaya sedangkan Dewan Undangan Negeri Perak tidak mengadakan undi berkenaan keatas Nizar.

Dr.Zambry dan 6 exconya diberitakan sedang mengemas pejabat sekarang untuk keluar daripada sana sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.Syabas kepada Dr.Zambry dan exco-exconya kerana menghormati keputusan mahkamah. inilah satu contoh yang baik ditunjukan oleh seseorang pemimpin yang mendukung prinsip demokrasi dan bukan seperti pemimpin pakatan seperti nizar dan sivakumar penderhaka .

Satu sidang tergempar DUN Perak akan diadakan untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Nizar .lihat di sini blog Parpu Kari

Insyaallah bila sidang tersebut diadakan ianya akan memihak kepada BN. Ini kerana BN mempunyai 28 orang adun + 3 bebas menyokong BN= 31. Manakala pakatan hanya mempunayi 28 adun. Nizar harus ingat pengantungan Sivakumar terhadap 10 ADUN termasuk Zambry adalah tidak sah kerana mahkamah telah membenarkan mereka menghadiri Sidang DUN .

Bila keputusan sidang dun nanti diputuskan saya berharap penyokong-penyokong pakatan juga akan menerima keputusan tersebut sebagaimana keputusan mahkamah hari ini.Rakyat Perak amnya tidak boleh menerima pemimpin yang samseng ,naik atas meja kerusi maki orang ,tidak menghormati langsung Tuanku Raja Muda yang terpaksa menunggu 5 jam untuk memberi titah ucapan . Pada 7 hb Mei itu lah Allah telah menunjukkan diri sebenar pemimpin DAP dan PKR yang cukup samseng dan rakus kepada kuasa.

Di mana Maruah Bangsa kita jika pemimpin pakatan seperti ini memimpin negeri kerana Sultan sendiri yang menjadi payung kepada seluruh rakyat pun mereka permainkan dan tidak menghormati inikan pulak jika ada teguran rakyat bawahan terhadap mereka.

BANGKITLAH BANGSAKU !!! JANGAN BIARKAN MARUAH BANGSA KITA INI TERGADAI DAN JIKA KITA BIARKAN KELAK ANAK CUCU CICIT KITA AKAN MENYUMPAH KITA DEK KERANA DIRI KITA SENDIRI YANG ALPA DAN TIDAK AMBIL PEDULI MARUAH BANGSA SEKARANG YANG KITA SUDAH DIPERMAINKAN ...

HIDUP MELAYU !! HIDUP MELAYU !! HIDUP MELAYU !!


link

Akur keputusan tetapi masih ada jalan
Nizar berdepan undi tidak percay di DUN Perak
Apa faedah Nizar menang di mahkamah ???
Nizar Bintang 3 dilantik semula menjadi MB tetapi.......

sumber : sejarahmelayu.blogspot.com

No comments: