NUFFNANG

Saturday, 9 May 2009

ADUN pakatan di Selangor nak melompat??

ADUN pakatan di Selangor nak melompat??

Dalam duk kecoh pasal sidang DUN Perak, alih-alih aku dengar khabar kejadian melompat parti hampir berlaku di Selangor. Seseorang yang aku percayai memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 5-6 ADUN pakatan di negeri itu bersedia untuk menyeberang ke dalam BN. Biar betul??

Begitulah yang dibisikkan seseorang kepada aku beberapa hari lepas. Khabarnya cadangan untuk melompat ke UMNO itu sudah dimaklumkan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN tetapi buat masa kini mereka tidak mahu menerima mana-mana wakil rakyat pembangkang. Kalau mereka mahu letak jawatan, silakan tetapi menerima mereka masuk BN, tunggulah apabila masa sesuai.

Itulah yang dikhabarnya oleh pucuk pimpinan BN kepada mereka yang berkenaan. Tetapi sumber aku tidak pula menyatakan wakil rakyat dari parti mana... tetapi bayangan jelas menjurus kepada PKR.

Kalau benarlah khabar ini, dan andai 6 ADUN pakatan lompat ke BN, ia sebenarnya tidak menjejaskan kerajaan Selangor sekarang. Sebabnya mengikut keputusan PRU-12 tahun lalu BN menguasai 20 daripada 56 kerusi DUN di Selangor dan selebihnya dikuasai oleh PR. Angkanya seperti berikut:

ADUN Selangor Sekarang:
BN=20
Pas=8
DAP=13
PKR=15
@ BN=20, PR=36

Andai 6 ADUN PR lompat ke BN:
BN=26
PR=30
@ PR masih menang majoriti di Selangor

Jadi, walaupun cadangan untuk melompat oleh puak2 PR ini ditolak (sementara) oleh BN tapi sekurang2nya jelaslah ada sesuatu yang tidak kena dalam kerajaan Selangor.

Tengoklah nanti...

No comments: