NUFFNANG

Monday 25 May 2009

Penanti: Betullah kata Karpal, Anwar perlu bertaubat ! dan pengakuan anwar!!

Penanti: Betullah kata Karpal, Anwar perlu bertaubat !

UNCOMMON Karpal AnwarPendirian Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti kerana menganggap pilihan raya itu didakan kerana PKR mahu menyelesaikan kemelut dalamannya, diakui oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Semasa berucap pada program ceramahnya di Padang Berapit, Jumaat malam, Anwar yang ingin memperlihatkan bahawa beliau adalah ‘supremo’ dalam pakatan pembangkang memberitahu memang beliau meminta bekas ADUN kawasan itu, Fairus Khairuddin meletakkan jawatan.“Memang saya menyuruh Fairus meletakkan jawatan. Sebabnya saya mahu Dr Mansor bertanding kerana Dr Mansor orang yang mempunyai kelayakan dan sesuai menjadi Timbalan Ketua Menteri bagi membantu Ketua Menteri, Lim Guan Eng,” katanya.

Tanpa rasa bersalah kerana menggunakan proses demokrasi bagi mencatur urusan politik dalaman partinya, Anwar dengan bangga memberitahu perkara itu sambil mengangkat tangan Dr Mansor yang turut berada pada majlis ceramah tersebut.Anwarberkata, Dr Mansor bukan sahaja berkelayakan tetapi pencapaian akademiknya diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi dunia.

Fairus sebelum ini dikatakan meletakkan jawatan atas kerelaannya kerana mahu melanjutkan pelajarannya. Namun dengan pengakuan Anwar bahawa beliau yang menyuruh Fairus meletakkan jawatan, ia mengesahkan andaian banyak pihak selama ini bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan percaturan politiknyadapat dilaksanakan. Jika selama ini Anwar sering melaungkan hormati pilihan rakyat, dalam soal Fairus Anwar sendiri mengkhianati pilihan rakyat Penanti terhadap Fairus kerana menyuruh Fairus meletakkan jawatan bagi diganti dengan orang yang lebih berkelayakan.

Baca seterusnya di sumber asal.

No comments: