Gempar! PKR Perak: 1 Ahli Parlimen 1 Adun Perak Akan keluar Dari PR - terkini
update rbh:5:50pm
Seperti yang saya katakan sebelum ini. Satu pertemuan sulit antara lima orang Adun pakatan Perak dan wakil BN Perak berlangsung malam tadi di Bandar Sunway. Dua orang Adun Melayu,dua Cina dan satu India.
Pertemuan itu sengaja diadakan di luar Perak untuk mengelakkan ianya dikesan oleh nizar bintang tiga.
Adun-Adun ini meminta undian secara sulit diadakan semasa DUN Perak bersidang nanti untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap nizar bintang tiga.
Mereka berjanji akan memberi sokongan kepada BN agar DUN Perak tidak dibubarkan.
Mereka berjanji sekiranya BN berjaya mengelak untuk membubarkan DUN,selepas selesai sidang tersebut mereka akan menyertai BN.
Banyak juga cerita tidak puas hati terhadap nizar bintang tiga yang diceritakan oleh mereka kepada wakil BN tersebut.
Antaranya nizar,ngeh dan nga langsung tidak berbincang dan bertanyakan pendapat mereka tentang kemelut politik di Perak sekarang. Mereka hanya berbincang sesama mereka dan selepas itu keluarkan arahan.
Mereka juga memberitahu yang mereka memang telah diarahkan untuk membuat kacau pada persidangan DUN 7 mei lepas.
Mereka diarahkan membuat kacau sehingga sidang tersebut digagalkan. Mereka siap buat 'raptai' lagi beberapa hari sebelum sidang diadakan. Bukan sekali sahaja 'raptai' diadakan malah beberapa kali.
Sama-sama kita tunggu. Nampaknya kerusi BN akan bertambah lagi di DUN Perak. Makin mental nampaknya nizar bintang tiga ini.
Bertenang nizar,bertenang. Kamu boleh pilih tempat percutian di Negeri Perak untuk beristirihat. Di Tanjung Rambutan atau Kemunting. Disana nanti ada peluang untuk kamu jadi MB.
Berita panas mula tersebar, 1 ahli parlimen dan 1 ahli Dun bakal keluar dari PKR Perak.
Detik perpecahan sudah bermula, kami jangka kan ia bakal merebak di seluruh negara, Maklumat dari dalam di perolehi secara detail malah bakal menghancurkan PKR.
Nah bersedia lah PR menghadapai keruntuhan & perpecahan.
petikan dari:rbh
Adun PKR Kuala Kurau dan Ahli Parlimen PKR Bagan Serai akan keluar dari PKR. Difahamkan rundingan telah pun diadakan malam tadi dengan wakil BN Perak. Adun Kuala Kurau ini saya difahamkan terlalu meluat dengan perangai Nizar,kerana langsung tidak berbincang dengan semua Adun dalam kemelut poltik di Perak.
Manakala Ahli Parlimen Bagan Serai itu pula ada masalah dengan Ketua Bahagiannya. Difahamkan ketua bahagiannya telah memberi amaran kepadanya yang berbunyi begini 'jangan harap kamu akan dipilih sebagai calon dalam pru akan datang'.
No comments:
Post a Comment