NUFFNANG

Wednesday 6 May 2009

NASRUDIN SINDIR HUSAM

NASRUDIN SINDIR HUSAM

Bukan main tajam lagi sindiran Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan bila menyarankan Datuk Husam Musa bertanding jawatan Presiden bagi 'membetulkan' arah tuju parti itu yang dikatakan kabur dan pudar sehingga menimbulkan keraguan di kalangan ahli-ahlinya.

Dalam posting bertajuk ‘Dato’ Husam Wajar Tanding Presiden’ dalam blognya, episode sebuah perjuangan, Nasrudin berkata, kalau setakat bertanding timbalan presiden, tak banyak yang Husam boleh buat untuk membetulkan PAS.

"Jawatan yang sepatutnya ditandingi oleh seorang yang 'hebat dan berwibawa' seperti Husam ialah Presiden Pas itu sendiri.

"Kekuatan untuk merubah arah tuju dan memastikan ia terang lagi jelas tanpa sedikitpun keraguan di kalangan anggota parti mestilah bermula dari kerusi presiden," tulis Nasrudin.

Husam sebelum ini pernah berkata wujud keraguan terhadap hala tuju PAS. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang ‘pembantu’ Nik Aziz, yang dibidas teruk oleh anak Mursyidul Am PAS itu, Nik Abduh baru-baru ini.

Nasrudin pula adalah antara pemimpin PAS yang secara terbuka menyokong tulisan Nik Abduh.

No comments: