UiTM pembela Melayu dan Hak Bangsa Melayu
Written by PelajarUiTM
Hari ini kita di kejutkan dengan kenyataan Menteri Besar Selangor berkenaan dengan cadangannya supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera. Persoalannya siapakah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ini? Apakah beliau kini telah menjadi petualang terhadap Bangsa Melayu dan berhasrat untuk menghapuskan ketuanan Melayu di negara yang tuannya adalah Bangsa Melayu...
Tahukah kita bahawa penubuhan Rural Industrial Development (RIDA) oleh Dato' Onn bin Jaafar pada Ogos 1950 kemudian sekitar 5-7 Jun 1965 namanya ditukar kepada Maktab Mara, pada awal tahun 1968 sekali lagi namanya di tukar kepada Institut Teknologi MARA (ITM) dan “LIMA hari sebelum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-42, Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir mengumumkan restu kerajaan menukarkan status Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi sebuah universiti (UiTM).
Berita gembira itu disampaikan oleh Dr. Mahathir pada satu majlis perhimpunan yang dihadiri oleh lebih 15,000 siswazah dan bekas siswazah ITM. Mereka menyambut berita yang dinanti-nantikan itu dengan sorakan dan tepukan bergemuruh, dan sesetengahnya menitiskan air mata kegembiraan. Enam bulan selepas peristiwa bersejarah pada satu petang bulan Ogos itu, pindaan ke atas Akta ITM 1976 diluluskan oleh Dewan Rakyat sebulat suara. Ia sekarang menunggu kelulusan Dewan Negara sebelum boleh diwartakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, ITM sudah dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara atau ringkasnya UiTM. ''Saya rasa lega sungguh sekarang,'' kata Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Ahmad Zaidee Laidin ketika ditemui sejurus selepas pelancaran.
Beliau wajar berasa lapang dada kerana usaha menaikkan taraf pusat pendidikan yang mempunyai kedudukan istimewa dalam kamus survival orang Melayu itu telah menjadi kenyataan. Selain penukaran nama dan mewujudkan jawatan-jawatan yang bersesuaian dengan statusnya sebagai universiti, pindaan kepada Akta ITM 1976 itu juga bertujuan menjadikan penubuhannya tertakluk kepada peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 153 menyentuh mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.
Tanggungjawab memelihara keistimewaan kumpulan bumiputera ini terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Justeru, pelantikan Seri Paduka sebagai Canselor UiTM adalah sangat bersesuaian dan menepati semangat serta matlamat peruntukan tersebut. Ketika membahaskan rang undang-undang pindaan itu di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan krisis survival orang Melayu yang masih berpanjangan dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. Memetik sumber Jabatan Perangkaan Negara beliau berkata, pada tahun 1998 terdapat hanya kira-kira 28.7 peratus arkitek bumiputera berbanding 71 peratus bukan bumiputera, 15.2 peratus akauntan, 30.9 peratus peguam dan 35.8 peratus doktor perubatan. ''Kurangnya bumiputera dalam profesion tertentu memperlihatkan dengan jelas bahawa sebenarnya bumiputera jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan,'' katanya. Ahmad Zaidee menyedari hakikat jurang perbezaan pencapaian antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera ini.
Bagaimanapun beliau optimis UiTM mampu menjadi memacu perubahan positif untuk orang Melayu. Keyakinannya itu beliau sandarkan kepada satu pertiga graduan ITM yang kini menjadi tenaga pengajar di UiTM.
''Mereka ini memahami sejarah dan matlamat institusi ini dan mahu mencurah bakti demi survival orang Melayu,'' katanya.
Dari apa yang penulis perolehi adalah nyata dan jelas bahawa penubuhan RIDA yang diasaskan oleh Dato' Onn bin Jaafar pada Ogos 1950 pada asasnya adalah untuk memberi persediaan kepada orang-orang Melayu khususnya untuk mengikuti aliran Inggeris. Dewan Latehan RIDA telah menawarkan dua kursus iaitu satu kursus jangka panjang untuk kelas persediaan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan 'London Chamber of Commerce (LCL'. Manakala satu lagi kursus jangka pendek yang menawarkan kursus selama 18 hari mengenai 'book keeping and commercial practise' untuk tujuan perniagaan orang Melayu.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu untuk mempertahankan apa juga hak yang telah termaktub di dalam perlembagaan..
Sekian dari bekas pelajar Uitm Segamat
kzso - another lawak bodo from selangor mb. i think selangorean and the beloved sultan of selangor would be ashamed to have this kind of mb.
2 comments:
Awwww... a racist breeding more racists? tak cukup ek 50 tahun kene spoon-feed? nak 50 years more?
And here I thought GOD says in the Quran that there is no such thing as race superiority (or what you call.. apa?.. Ketuanan Melayu??) in Islam... yet the thousands of Malay Muslims are defying God's commands in bright daylight?
How much more hypocritical can Malay Muslims be?
Setahu saya Melayu memang bangsa yang baik. Bangsa yang banyak memberi sedekah, tetapi pemberian sedekah itu biarlah 'bertempat'.
Dulu, setelah mendapat hak istimewanya (dalam perlembagaan), Melayu terus mengagihkan pula kepada golongan imigran dengan menerima mereka sebagai warganegara di negara ini.
Cukuplah pemberian sedekah itu, kerana puak imigran tu kini dah naik lemak.
Post a Comment