NUFFNANG

Friday, 8 August 2008

Sidang akhbar Anwar: Agendadaily ' kena' lagi...

Sidang akhbar Anwar: Agendadaily ' kena' lagi...

Oleh: ROSLAN BIAN

Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bersikap buruk sangka terhadap sesetengah media yang cuba mendapatkan kebenaran dalam setiap isu membabitkan beliau.

Senang sahaja kalau hendak tengok sikap pandang serong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap media Cubalah tanya soalan yang berbaur kritikan terhadapannya atau soalan yang beliau ' tak syok'.

Beliau pasti bertanya, wartawan yang mengemukakan soalan itu daripada media mana.Sebaliknya ini tidak berlaku pada para wartawan yang bertanya soalan ' bola tanggong' yang mana beliau boleh hentam balik kerajaan atau lain-lain yang 'sedap didengar'

Kejadian seumpama itu berlaku buat kali ketiga kepada wartawan Agendadaily.

Rabu ia berlaku semasa turut hadir pada sidang media Anwar di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Rabu.

Ini bilamana wartawan Agendadaily buka mulut minta komen Anwar mengenai kenyataan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan yang bersedia bersumpah junjung al-Quran dan meminta bekas majikannya itu turut berbuat demikian.

“Datuk Seri, Mohd Saiful bersedia sumpah al-Quran, bagaimana Datuk Seri dan apakah jika dia berbuat demikian akan menjejaskan undi (di Permatang Pauh),” itulah soalan wartawan Angendadaily.

“You dari mana?, “ tanya Anwar.

Apabila wartawan menjawab Agendadaily, Anwar bertanya balik, “Agenda apa tu? You bertanya sebagai seorang muslim atau sebagai apa?. Soalan sumpah ini atas peraturan Islam atau peraturan politik?”

Apabila wartawan Agendadaily menjawab, peraturan Islam, Anwar menjawab “ Kalau Islamic, ikut syariahlah. Ikut Syariah, hukum jenayah mesti diputuskan cara jenayah.”

“Maksudnya, sumpah itu bukan isu politik tapi isu jenayah,” katanya sambil menyebut beberapa nama tokoh Islam antaranya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan “ Kes atau pertuduhan jenayah mesti dijawab dengan bukti yang dikemukakan.”

Untuk rekod asalnya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Ketika menyokong cadangan mengenainya yang dibuat Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.

Kata Anwar lagi "sumpah hanya cadangan Putera UMNO yang patut belajar baca al-Fatihah supaya betul. Sebab itu saya tanya, apa motif saudara bertanya, kalau nak bincang soal politik atau budaya Melayu, kita sumpah demi angin dan lautan dan jembalang, saya bersumpah.

"Tetapi kalau hendak sebut (sumpah) guna nama Allah, jangan politikkan hal ini," katanya, menyebabkan kumpulan wartawan ketawa.

Itulah Anwar. Sentiasa cuba lari daripada menjawab soalan yang tidak disukainya.

Sebelum ini, beliau sendiri ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan membuat aduan Qazaf terhadap Saiful yang didakwanya membuat tuduhan palsu tanpa mengemukakan saksi seperti dituntut agama.

Peliknya, kali ini Anwar memilih kes itu untuk dibicarakan sebagai kes jenayah.

Dalam sidang media itu juga, Anwar juga enggan menjawab soalan mengenai bekas Setiausaha Politiknya, Ezam Mohd Nor.

Apabila seorang wartawan mahu jawaban beliau mengenai kesediaan Ezam mendedahkan "rahsianya" jika dikaitkan dengan konspirasi terhadapnya, Anwar enggan mengulas dan hanya berkata, "Tidak mengapa, itu pun macam sumpah juga," katanya.

Sebelum itu, Anwar menyalahkan Perdana Menteri dan orang disekelilingnya berhubung pertuduhan liwat yang akan dihadapkannya di mahkamah Sesyen Khamis.

Anwar menuduh Abdullah Ahmad Badawi berbuat demikian kepadanya demi menyelamatkan imejnya yang merosot teruk dan menghadapi krisis keyakinan rakyat termasuk gagal memajukan ekonomi.

Malah menurutnya, keputusan ini (mendakwanya ke mahkamah) tidak mungkin berlaku tanpa arahan peribadi perdana menteri dan beliau mempunyai bukti mengenai perkara itu.

Anwar terus menuduh akhbar dan media tempatan akan menyerangnya habis-habisan dalam kempen pilihan raya Permatang Pauh.

Selain itu beliau turut mempersoalan ketelusan Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan pilihan raya Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Bagaimanapun, beliau masih menaruh harapan tinggi untuk ke parlimen selepas yakin akan menang dalam pilihan raya di Permatang Pauh.

SPR sudah menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya itu pada 16 Ogos manakala hari pengundian pada 26 Ogos

kzso - anwar masih mengelak dari bersumpah mubahalah

1 comment:

Tok Pawi said...

Hi. Saya dari ayorlemuju.blogspot.com mengajak anda memasang bendera di blog di bulan Merdeka ini. Ia takkan mencacatkan blog anda.