NUFFNANG

Saturday 19 July 2008

Musa fail saman Anwar RM5 juta Isnin ini

Musa fail saman Anwar RM5 juta Isnin ini

KUALA LUMPUR 18 Julai -

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan memfailkan saman RM 5 juta terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini.

Tindakan undang-undang itu diambil oleh Musa berikutan dakwaan Anwar bahawa beliau terlibat memalsukan keterangannya dipukul bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Musa yang dihubungi Utusan Malaysia meminta wartawan mendapatkan kenyataan daripada peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin.

"Keputusan sudah dibuat, saya serahkan kepada peguam. Tanya kepada beliau tindakan guaman selepas ini," katanya.

Kamarul Hisham yang dihubungi, mengesahkan perkara itu dan menjelaskan, tindakan tersebut diambil selepas Anwar tidak mengemukakan sebarang permohonan maaf dan penarikan balik tuduhan itu.

Menurutnya, saman tersebut akan difailkan melalui firma guaman Tetuan Kamarul Hisham & Hasnol Rezua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Setakat hari ini Anwar tidak beri sebarang maklum balas kepada kita, jadi kita terpaksa 'bertindak' fail saman ke atas beliau," katanya.

Pada 11 Julai lalu, Musa menghantar notis guaman kepada Anwar dan memberi tempoh 48 jam kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu menuntut permohonan maaf serta menarik balik tuduhan Anwar yang terkandung dalam satu laporan polis pada 1 Julai lalu.

Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor terhadap Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada 1 Julai lalu.

Dalam laporan itu, Anwar mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat dalam kes pemalsuan keterangan beliau dipukul oleh Rahim pada 1998.

Abdul Gani ketika itu ialah timbalan pendakwa raya paling kanan manakala Musa merupakan ketua pegawai penyiasat kes yang membabitkan Anwar.

kzso - if anwar he'll summon RM100M

No comments: