NUFFNANG

Thursday 31 July 2008

Liwat Tidak Semestinya Luka atau Berdarah (III)

Liwat Tidak Semestinya Luka atau Berdarah (III)

Contributed by drnovandri on Thursday, July 31 @ 17:58:51 MYT

Dr Novandri Hasan Basri

Hari ini, blog Malaysia Today milik Raja Petra telah di’masuki pencuri’ atau pun hacked.

Siapakah yang mahu hacked blog beliau selain daripada Raja Petra sendiri?

Apakah beliau mahu memadam (erased) artikel-artikel beliau itu?

Itulah anggapan ramai bila blog Raja Petra 'tiba-tiba' di hacked di saat ini, lebih-lebih lagi apabila beliau telah melakukan salah satu kesilapan yang paling besar di dalam karier beliau sebagai blogger.

2 kesilapan yang dimaksudkan itu ialah mengenai artikel beliau tentang laporan @ nota kesihatan Saiful di Hospital Pusrawi:-

1. Beliau menyalahtafsirkan pemeriksaan anus (per rectum) yang dilakukan oleh Dr Mohamed Osman.

2. Beliau menyalahtafsrikan diagnosis (keputusan penyakit) yang ditulis oleh Dr Mohamed Osman.Ini adalah kenyataan Raja Petra di dalam blog beliau,Dr Mohamed Osman examined Saiful but found no evidence that he had been sodomised, either by Anwar Ibrahim or anyone else for that matter. The doctor’s report (which can be viewed below) says that there is zero (0) skin tearing, zero (0) active bleeding, zero (0) traces of pus, etc., which basically means he can’t be suffering from a pain in the anus as what he alleges.

The doctor’s diagnosis is that he rules out or TRO (to rule out) assault (sodomised). In short: Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan is not suffering any pain in the anus and neither was he assaulted or sodomised in the anus.

Inilah masaalahnya jika seorang blogger yang tidak mempunyai ilmu perubatan seperti Raja Petra merumuskan sendiri pemeriksaan kesihatan seorang doktor.

Rumusan beliau yang mengatakan bahawa tiada bukti Saiful diliwat hanya berdasarkan kepada tanda-tanda seperti kulit koyak, pendarahan aktif dan nanah, jelas menunjukkan yang beliau tidak tahu langsung mengenai perubatan.

Seperti penulis terangkan sebelum ini (klik sini) , pemeriksaan (PR) yang dilakukan ke atas Saiful tidak menyeluruh dan terlalu ringkas (tidak dibenarkan dilakukan oleh doktor biasa kerana ianya boleh merosakkan bukti).

Untuk pengetahuan semua, apabila seseorang itu diliwat, perbuatan tersebut tidak semestinya menyebabkan kulit anus koyak atau pun pendarahan yang aktif terutamanya jika perbuatan itu telah dilakukan berulang kali.

Tetapi jika berlaku paksaan yang agresif, perasaan takut yang dialami oleh mangsa itu berkemungkinan besar akan menyebabkan anus pesakit tidak relax dan tercedera atau pun berdarah. (seterusnya.....)

kzso - from a doctor point of view

1 comment:

Anonymous said...

And it is a fair comment too.