Saiful Tak Dirogol? Siapa Kata? Konspirasi Sapa Pulak Ni?
Contributed by AMUbaidahS on Thursday, July 31 @ 13:04:46 MYT
www.thoughtsintangents.blogspot.com
Bekas Perdana Menteri Inggeris yang terkemuka, Winston Churchill, pernah menyatakan,"Dusta sudah menjelajah separuh dunia sebelum Kebenaran memakai sepatunya". Ternyata dusta Raja Petra Kamaruddin (RPK) tentang bagaimana Saiful tidak dirogol sudah menjelajah melepasi sempadan Malaysia, sampai akhbar pro-kerajaan pun seolah-olah mempercayainya. Tetapi Alhamdulillah, kebenaran sudah terjumpa sepatu rupa-rupanya.
Seorang doktor yang juga seorang blogger yang berkecuali telah meneliti 'laporan' Dr Osman Hamid seperti diwartakan oleh RPK. Antara lain, Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman ini menyatakan bahawa:
Dokumen yang diwartakan tersebut bukanlah laporan pemeriksaan perubatan yang rasmi, tetapi hanya sekadar nota pesakit luar oleh seorang doktor.
Hanya pemeriksaan asas sahaja yang dijalankannya, tanpa menggunakan alatan canggih atau mahupun teknik terperinci yang seharusnya digunakan untuk memastikan tiada kesan yang lebih mendalam.
Menurut cara dan quality nota pemeriksaan, Dr Osman terlihat bukan seorang pakar yang sesuai untuk memberi kata putus dalam hal ini.
Maka, walaupun dokumen yang ditulis Dr Osman ini tidak mengiyakan terjadinya perogolan terhadap Saiful, is juga tidak menidakkan kemungkinan tersebut.
Menarik juga apabila kita melihat sekarang pihak Pusrawi sendiri menjelaskan bahawa Dr. Osman Hamid bukan seorang doktor pakar dan tidak pernah menjalankan pemeriksaan aduan sodomi (liwat) ke atas Mohd. Saiful Bukhari.
Dan kini sudah mula diwartakan pula maklumat yang Dr Osman Hamid mungkin pernah aktif bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam sebuah NGO! Pulak! Makanya, konspirasi siapa sebenarnya ni? Anwar punya ka, RPK punya? Nampak gaya Kebenaran bukan sahaja bersepatu, sudah mula berlari gamaknya!
kzso - the truth will prevail!
No comments:
Post a Comment