NUFFNANG

Tuesday, 29 July 2008

Kes Saiful : Anwar bergaduh besar Wan Azizah ?

Kes Saiful : Anwar bergaduh besar Wan Azizah ?

baca artikel asal di gerakan anti-PKR

Minggu lepas Setiausaha Negara Amerika Condoleza Rice telah mengarahkan kepada kerajaan malaysia agar menarik balik tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar. justifikasi Yahudi itu hanya bersandarkan kepada persepsi bahawa tuduhan ke atas anwar itu merupakan konspirasi kali ke 2.

Amaran kerajaan Washington itu berlaku sejurus keluarga mangsa liwat iaitu Saiful mencabar anwar supaya berani dan tidak lari daripada tuduhan yang dikenakan ke atas beliau.

Anwar sekali lagi berjaya mengalih pandangan umum untuk menjawap atau berdepan secara anak jantan dengan Saiful.

GAP hairan mengapa Anwar yang kononnya hebat karisma kepimpinan lari lintang pukang bila diajak bersilat dengan Saiful ?

Ini bukanlah pertama kali anwar cuba lari daripada kenyataan. Sewaktu pilihanraya lepas rakan baik beliau dato nallakarupan telah mencabar anwar untuk menyaman beliau kerana pendedahan 'telanjangkan anwar' telah dibongkar oleh Dato Nalla sekitar kawasan Lembah Pantai.

Perkara bertukar wanita,kegiatan seks,homoseks telah dihuraikan dengan cukup detail dan teliti oleh Nallakarupan. Cerita beromen dalam kereta dengan isteri seorang kenamaan antara klimaks pendedahan nalla dalam siri jelajahnya mendedahkan kegiatan tak bermoral Anwar selama ini.

Kalau dulu Anwar berani menyaman Dr Chandra Muzaffar dan Khairy Jamaludin atas kenyataan kononnya mereka membuat fitnah, MENGAPA anwar langsung tidak berani menyentuh hatta mengheret Nalla ke muka pengadilan ?

Benarkah andaian bahawa sekiranya anwar menyaman nalla maka segala inci cerita kegiatan seks beliau akan terbongkar ?

Lebih menghairankan lagi setelah dakwaan Nalla itu dimasukkan kedalam YOUTUBE, mengikut maklumat GAP Anwar saban hari mencari dan menelefon nalla bagi mengajak Nalla kembali semula ke pangkuan PKR ?

Baru2 ini Ezam telah mencabar Anwar untuk membuktikan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi Saiful dan hingga ke hari ini anwar terus diam membisu daripada menjawap cabaran Ezam.

Di atas terdapat 2 situasi berbeza saman terhadap Dr Chandra dan KJ dan Anwar tidak menyaman Nalla dan Ezam.

Anwar semakin tertekan dengan situasi perlawanan beliau dengan Saiful.

Pada malam setelah beliau keluar bersembunyi di Kedutaan Turki, ada cerita gempar yang terjadi di Tropicana XXXXXXX.

Benarkah Wan Azizah telah mengamuk dan mahu meletakkan jawatan sebagai presiden PKR dan ahli Parlimen Permatang Pauh dan mahu lari keluar negara ?

Mengikut cerita Wan Azizah teramat kecewa dengan skandal liwat yang berlaku dalamana Anwar pernah ditarbiyah/dihukum oleh ALLAH SWT dalam penjara atas kesilapan lampau.

Berdasarkan maklumat pergaduhan besar itu hampir memporak perandakan rumahtangga namun telah diselamatkan oleh anak2 mereka sendiri.

Ehsan anak lelaki tunggal Anwar pun sekarang sudah pandai menghisap rokok. Apa yang berserabut dalam kepala beliau hanya tuhan yang tahu.

GAP kasihan melihat kemurungan wajah Wan Azizah sejak kebelakangan ini. Tutur kata beliau di dalam parlimen pun sudah hilang perwatakan semangat. Moralnya sudah down.

Parti pas semakin jauh menjarakkan diri daripada Anwar. Adakah BALA yang menimpa keluarga Anwar ini kerana pasangan suami isteri ini telah menolak penubuhan Negara Islam cadangan PAS dan atas penolakan inilah Daud Iraqi,Hj Hadi,Mustapa Ali,Ahmad Awang dll bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO.

Benarkah Zulkifli Nordin ahli Parlimen Kulim Bandar Baru berkata dia pun sudah semakin hilang kepercayaan kepada Anwar dan kerana itulah beliau sanggup tidak mahu kembali lagi menjadi ahli parlimen PKR walupun ditawar seatnya kembali untuk bertanding ?

kzso -mengikut cerita? hearsay...hearsay... where's the proof?

No comments: