NUFFNANG

Thursday 24 July 2008

ADA UMNO CAWANGAN TOLAK ABDULLAH?


ADA UMNO CAWANGAN TOLAK ABDULLAH?

Di bawah ini saya siarkan sepenuhnya e-mail daripada Tuan Haji Mustapa Bin Haji Mohd Said, Naib Ketua UMNO Cawangan Ayer Keroh, Bahagian Bukit Katil, Melaka, serta dua komen - satu daripada Saudara Besarsiam dan satu lagi daripada Hairul AS, untuk tatapan seluruh pegunjung blog ini. – Ruhanie Ahmad

Datuk, sebenarnya pada Persidangan UMNO Cawangan Ayer Keroh (cawangan saya) tanggal 19 Julai 2008, satu usul telah dibahaskan dan telah diterima sebulat suara meminta Pak Lah melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, dan tidak lagi bertanding sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO bulan Disember 2008 nanti.

Usul ini telah dimajukan kepada pihak UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka, yang mana Ketua Bahagiannya ialah YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Malangnya, tidak ada satu berita pun mengenai usul yang telah diluluskan itu keluar dalam akhbar-akhbar tempatan. Kami rasa, usul Cawangan kami akan dicampakkan ke dalam bakul sampah sahaja oleh UMNO Bahagian Bukit Katil.

Sekian, terima kasih.

Iklas daripada
Hj Mustapa Bin Hj Mohd Said
Naib Ketua
UMNO Cawangan Ayer Keroh
Melaka

Komen Berasiam:
Selain 32 cawangan di Gua Musang yang meluluskan usul, sebuah cawangan di Pandan Selangor juga telah meluluskan usul yang senada, mencalonkan selain Pak Lah sebagai Presiden. Usul cawangan di Pandan bukanlah usul tergempar, tetapi usul bertulis yang dimuatkan dalam kertas persidangan.

Komen Hairul AS:
UMNO Bahagian Pandan juga tidak akan mencalonkan AAB sebagai Presiden Parti.

kzso - more to come?

No comments: