NUFFNANG

Wednesday, 23 July 2008

Usul cawangan DESA JAYA calonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PRESIDEN UMNO

Usul cawangan DESA JAYA calonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PRESIDEN UMNO

- Bernama

UPDATE:
38 cawangan seluruh negara telah mengusulkan mencalon Ku Li sebagai Presiden UMNO:
Cawangan tersebut adalah:-
32 dari Gua Musang,
1 dari Kelana Jaya Baru ( di Petaling Jaya Utara),
1 dari Muar,
2 masing-masing dari cawangan di Pokok Sena dan Kuala Kedah

Dato Seri Najib Tun Razak: mendapat satu usul pencalonan dari Kg Ubai di Pekan

UMNO cawangan Kampung Ubai adalah cawangan pertama yang bermesyuarat di Pahang dan mencadangkan Najib, yang juga Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Parlimen Pekan, untuk bertanding jawatan Presiden.

Terdapat 139 cawangan UMNO di bahagian Pekan dan bahagian itu adalah bahagian yang paling ramai keanggotaannya di Pahang itu 32,087 ahli.

TERBARU:
UMNO Cawangan Kg Tengah dlm Bahagian Pagoh, usul calonkan Najib Pres UMNO, dan TSMY sebagai Tim Pres UMNO

Usul sebulat suara itu diumumkan ketua cawangan itu, Mohammad Hanapi Salleh pada mesyuarat yang berakhir lewat malam tadi dan dihadiri 42 daripada 123 anggota cawangan berkenaan.

Mohammad Hanapi ketika dihubungi berkata, semua anggota yang hadir termasuk wakil daripada sayap Pemuda, Wanita dan Puteri sebulat bersuara mengambil keputusan itu.

Sambil menyatakan pihaknya mengambil pendekatan mengemukakan usul tergempar itu berdasarkan beberapa faktor, beliau berkata: “Antaranya, tempoh peralihan kuasa yang dipersetujui antara Perdana Menteri yang juga Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya iaitu dua tahun adalah terlalu panjang.”

Selain itu, kata beliau pihaknya juga mengambil kira faktor kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di bawah kepemimpinan Abdullah di lima negeri dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

“Faktor lain ialah kegagalan pimpinan sedia ada untuk menyelesaikan isu harga minyak dan makanan yang semakin membimbangkan,” katanya.

Mesyuarat cawangan, yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis Khairuddin Mahmud, bagaimanapun tidak menamakan calon untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan Disember itu nanti.

kzso - still a long way to go. it's only at branch level. hopefully it will pick up soon up to divisions. ku li, muhyiddin and najib got to think hard whether they want to go individually or as a team

No comments: