NUFFNANG

Tuesday, 29 July 2008

Polis dah siasat lebih awal (laporan dr pusrawi)

Polis dah siasat lebih awal

Polis menyifatkan laporan sebuah laman web yang mendakwa adanya laporan perubatan sahkan tiada kesan liwat terhadap Saiful Bukhari Azlan sebagai cubaan untuk mensabotaj siasatan polis berhubung dakwaan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan laman web itu juga disifatkan sebagai cubaan untuk mengelirukan orang ramai.

Serentak itu tambah beliau, pihak polis sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas laman web dan sebuah blog yang turut menyiarkan laporan berkenaan yang didakwa dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.

Laporan laman web itu menyebut Saiful mendapatkan rawatan di Hospital Pusrawi pada 28 Jun lalu kerana mengadu hadapi kesukaran membuang air besar.

Berdasarkan laporan laman web itu, tiada bukti menunjukkan Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadi Anwar diliwat seperti didakwa.

Ismail turut menafikan laporan bahwa doktor yang didakwa membuat laporan itu, Dr. Mohd Osman Abdul Hamid telah ditahan oleh polis.


Itu luar tabie

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif ketika dihubungi Agendadaily menyifatkan, laporan Malaysiakini yang mendakwa ada laporan perubatan tiada kesan liwat ke atas Saiful berniat jahat bagi memberi gambaran tidak berlakunya perbuatan liwat. “Laporan ini mempunyai unsur mala fide .

Apa juga bentuk laporan sama ada kesan calar ada atau tidak, tiada siapa boleh buat kesimpulan liwat tidak berlaku selagi perkara berkenaan tidak dibicarakan di mahkamah,” katanya.

Lagi pun jelasnya, prosedur pemeriksaan juga mestilah mengikut prosedur siasatan sekiranya ia melibatkan aduan jenayah

kzso - it's better to wait for the court case (if any) and the official police and hospital report in the hearing (if any). now it's too much hearsay and speculation.

No comments: