NUFFNANG

Sunday 27 July 2008

Dewan Tertinggi BN akan diberi penjelasan

Dewan Tertinggi BN akan diberi penjelasan

PUTRAJAYA 26 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan memberikan penjelasan kepada Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) berhubung langkah UMNO mengadakan muzakarah dengan Pas, bulan depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pada masa ini perbincangan kedua-dua parti itu dilakukan di pelbagai peringkat dan ia tidak menjejaskan hubungan dengan parti-parti komponen BN.

Sehubungan itu kata beliau, isu muzakarah itu akan dibawa terlebih dahulu dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan BN yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Ogos ini.

''Selepas diadakan mesyuarat itu, kita akan menetapkan tarikh bagi membolehkan Perdana Menteri memberikan penjelasan kepada semua parti komponen dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN bulan depan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat UMNO cawangan Matahari di Presint 8 di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata, perbincangan dengan Pas sebenarnya memberikan kebaikan kepada BN yang kini mengalami kekurangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

''Memandangkan sesetengah rang undang-undang perlu diluluskan dengan majoriti dua pertiga, maka jika kita perlukan bantuan parti yang boleh kita berbincang ialah Pas, parti-parti pembangkang lain masalah sikitlah," katanya.

Beliau turut diminta mengulas resolusi Perhimpunan Agung Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat (Mubarak) di Kuala Terengganu yang mahu Abdullah mempercepatkan peralihan kuasa kepada Disember ini.

Tengku Adnan menegaskan, peralihan kepimpinan dalam UMNO memerlukan tempoh tersendiri dan ia turut berlaku ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu menyerahkan kuasa kepada Abdullah sebelum ini.

Menurut beliau, Abdullah tidak boleh meninggalkan jawatan ketika parti terumbang-ambing dan ekonomi negara pula tidak memberangsangkan.

kzso - this adnan guy is conflicting himself. umno says the talk is confine on malay and islam solidarity issues. it's not about getting support on certain proposals in parliament or getting pas supports in parliament. he understands english or what. pas says that it's about islam and malay unity not about politics. another thing is about tun dr mahathir's resignation or transition period. when the dato' seri president announce his resignation in umno agm, it was umno who requested tun dr. mahathir to postpone his retirement/resignation. one of the reason is because the oic meeting is schedule to be held one year later. can't adnan (or all of us) remember pak lah at the background shouting "kita minta dato' seri tarik balik! tarik balik!tarik balik!..." you have forgotten or having brain damage on this, please browse or download from 'you tube' or get rtm to play back again the tape. i can still vividly remember the 'chaos' and 'panicking' umno members upon hearing their umno president resigning. it was umno who wants tun dr mahathir to stay own, not the other way around. for pak issue, it was pak lah who decides and najib agrees that the transition is 2 years later (july 2010), once the announcement made, the 'titah tuanku, patik junjung' supreme council 'happily endorsed' (saya sokong) the transition plan... or may adnan be able to recall/remember back again the tun mahathir's resignation announcement event and then for him to say "yes...now i remember you are 'correct' 'correct' 'correct' ". you think we have short memories huh adnan?

No comments: