NUFFNANG

Friday 25 July 2008

Satu lagi cawangan mahu Najib tanding presiden

Satu lagi cawangan mahu Najib tanding presiden

Jul 25, 08 6:01pm

Satu lagi cawangan Umno di Pahang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno Disember depan.

Mesyuarat Umno Cawangan Bukit Kuantan 3 dalam Bahagian Paya Besar membuat usul itu dalam mesyuarat agungnnya semalam.

Ia turut mencadangkan supaya peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib dipercepatkan sebelum Disember ini bagi mengelak pertandingan jawatan tertinggi parti itu.

Timbalan Ketua Umno Cawangan Bukit Kuantan 3, Ahmad Ibrahim, memberitahu Bernama hari ini bahawa cawangan berkenaan mengemukakan usul itu berdasarkan beberapa faktor tanpa menerima desakan mana-mana pihak.

"Faktor utama, tempoh peralihan kuasa yang dipersetujui antara presiden parti kepada timbalannya iaitu pada 2010 adalah terlalu panjang.

"Peralihan kuasa itu seharusnya dipercepatkan dan kita mencadangkan supaya ia diadakan sebelum Disember ini jika pertandingan jawatan nombor satu itu hendak dielakkan," katanya.
Ahmad berkata kekalahan Umno dan Barisan Nasional di lima negeri dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu memberi petunjuk bahawa perubahan pucuk pimpinan perlu dilakukan segera.

Cawangan itu bagaimanapun tidak mencadangkan sebarang nama untuk jawatan timbalan presiden parti.

Pada 17 Julai lalu, Umno Cawangan Kampung Ubai, dalam Bahagian Pekan, mencadangkan Najib untuk jawatan presiden.

Dua hari selepas itu, Najib berkata beliau tetap komited kepada pelan peralihan yang telah dipersetujui dengan Perdana Menteri iaitu pada Jun 2010.

kzso - only 2?

No comments: