NUFFNANG

Wednesday 23 July 2008

Pertemuan Anwar dengan 38 Diplomat

Pertemuan Anwar dengan 38 Diplomat

Wednesday, July 23, 2008

By Anwar Ibrahim 23 Jul

Sekitar jam 11.30 pagi semalam bertempat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, satu taklimat kepada wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia telah diadakan.

Taklimat sesi tertutup yang dihadiri 38 duta dan wakil-wakil kedutaan asing, bertujuan untuk menerangkan keadaan politik semasa terutamanya berkaitan Pakatan Rakyat, tuduhan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim serta berkongsi pandangan mengenai kedudukan ekonomi negara.

Sambutan para diplomat sangat positif.

Kami berharap dapat meningkatkan kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan dua hala dengan para wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia.

Apa yang pasti sesi pertemuan seperti ini merupakan satu forum yang sangat berguna bagi menyampaikan berita, pandangan dan idea berkaitan parti dan Pakatan Rakyat kepada komuniti diplomatik.

Anwar Ibrahimbaca artikel asal di anwaribrahimblog.com


Ulasan anwaribrahimdotcom:

Ulasan

1. Kes liwat Anwar 1998;
Ramai orang berkunjung ke rumah Anwar, solat hajat, baca yasin dan mendengar taklimat hampir setiap malam. Anwar turut mengadakan road show, sambutan di luar jangkaan. Orang ramai turun ke jalan raya di sekitar ibu kota mengadakan demonstrasi secara mingguan. PAS menubuhkan GERAK untuk mengadakan road show ke seluruh negara, bela Anwar. sekurang-kurang 15 jenis buku politik ditulis khusus sokong Anwar, Harakah meningkat 5 kali ganda daripada cetakan biasa. Majalah Tamadun mendapat sambutan hangat dan habis di pasaran. Laman-laman web/blog tumbuh seperti cendawan lepas hujan (lebih 30 laman web/blog muncul) untuk sokong Anwar. Cikgu-cikgu dan para mahasiswa mencetak bahan-bahan internet untuk diedarkan kepada anak murid dan kawan-kawan

2. Kes liwat Anwar 2008;
sedikit sahaja berkunjung ke rumah Anwar, tiada solat hajat, baca yasin. Rumah Anwar sunyi. Anwar turut mengadakan road show, sambutan biasa sahaja, kecuali dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor seperti protes harga minyak tetapi penyokong memprotes penyanyi underground yang tunjuk bontot. Protes dalam protes. Tiada yang turun ke jalan raya di sekitar ibu kota mengadakan demonstrasi secara mingguan.Kecuali sambutan secara kecilan di IPK dan HKL, itupun di kalangan hard core Pemuda PKR. Laungan TAKBIR tak bersambut. Lebih ramai pihak media/wartawan daripada penyokong Anwar.PAS serah Anwar selesaikan sendiri isu liwat kerana isu itu bukan isu parti tetapi isu peribadi. Penulis buku politik tidak berminat menerbitkan buku mengenai topik ini kerana sudah jangka tidak akan laku di pasaran, Harakah dicetak seperti biasa dan tiada peningkatan drastik. Editorial tidak berminat fokus isu itu. Majalah Tamadun sudah tidak diterbitkan lagi. Akhbar tabloid Siasah, Suara Keadilan diterbitkan seperti biasa. Tiada tanda-tanda, sambutan hangat masyarakat jika ditambah bilangan percetakan. Tiada web/blog baru ditubuhkan semata-mata membela Anwar. Hanya bergantung kepada web dan blog yang sedia ada.

3. Mufti Perlis
Mufti Perlis anggap isu itu Isu peribadi yang cuba dipolitikkan menjadi isu rakyat. Rakyat sudah bosan kerana isu ini masih berlarutan tanpa penyelesaian, jadi cara terbaik adalah bersumpah dengan nama Allah di kedua-dua belah pihak.

4. Sikap dolah dalik
Ibrahim Ali anggap sikap berdolah dalik Anwar akan mengurangkan kepercayaan masyarakat kepadanya. Enggan bersumpah. Enggan ke IPK. Enggan beri DNA

5. Jika sambutan kurang dalam negara
Bermakna, jika sambutan dalam negara semakin kurang kepada Anwar, beliau hanya mempunyai satu peluang sahaja iaitu melaporkan kepada kedutaan asing. Anwar beritahu kedutaan asing, sistem kehakiman Malaysia, polis telah korup. Pihak hospital tidak profesional, suruh beliau telanjang dan pelbagai keburukan lagi yang menunjukkan Malaysia tidak demokrasi dan perlu dikenakan tekanan politik pihak negara luar kepada Malaysia.

6. Bergantung kepada kuasa asing
Semua ini membuktikan Anwar memang bergantung kepada kuasa asing khususnya Amerika Syarikat yang beliau telah dilantik sebagai Council on Foreign Relations (CFR) New YorkAIDC23 Julai 2008

kzso - anwar is still a good strategist whatever the comments from anwaribrahimdotcom. he still believes ha has done nothing wrong.

No comments: