NUFFNANG

Wednesday 23 July 2008

Mengapa Pas Perak Takut Kepada DAP?

Mengapa Pas Perak Takut Kepada DAP?

Contributed by belantan on Tuesday, July 22 @ 11:47:36 MYT

Sumber : Hang Tuah - Pembela Melayu

Saya terkejut membaca berita TheStar online apabila diberitakan bahawa PAS Perak telah membuat laporan polis kerana kononnya wujud surat layang yang mengatakan PAS akan menjadikan Perak sebagai sebuah kerajaan Islam?

Yang menghairankan saya kenapakah perkara ini menjadi isu kepada sebuah parti yang melaungkan Islam dan sejak penubuhannya dulu berjuang untuk menubuhkan kerajaan Islam.

Jika saya adalah pemimpin PAS, saya tentunya gembira dengan perkembangan tersebut.

Kenapa sejak kebelakangan ini, PAS begitu takut mendengar perkataan “kerajaan Islam”?

Adakah selepas DAP berjaya mempengaruhi PAS dengan memberi jawatan MB, maka PAS sudah lupa asas perjuangan asal parti PAS.

Adakah apabila PAS memerintah Perak, sesiapa yang melaungkan slogan kerajaan Islam akan mula merengkok dalam penjara.

Ini kerana setiap kali isu itu dibangkitkan, maka laporan polis akan dibuat oleh PAS Perak dan akhirnya orang tersebut akan ditahan reman di lokap.

Keadaan ini lebih teruk dari zaman sebelumnya, di mana sesiapa saja boleh melaungkan slogan kerajaan Islam tanpa perlu risau akan merengkok dalam penjara.

Bagi saya, sesiapa menyebarkan surat tersebut hendaklah dipuji kerana berani untuk mengatakan apa yang menjadi hak kepada umat Islam Perak selepas MB yang dilantik adalah daripada PAS.

Adakah kerana belas ehsan DAP yang memberikan jawatan MB kepada PAS, parti itu seolah-olah takut untuk berjuang atas nama Islam dan phobia istilah kerajaan Islam sehingga sanggup membuat laporan polis?

Adakah PAS Perak takut DAP akan menarik balik jawatan DAP sekiranya PAS ingin menubuhkan kerajaan Islam. Begitu murahkah harga sebuah perjuangan Islam kerana harganya hanya sama nilainya dengan jawatan Menteri Besar?

Melihatkan keadaan sekarang, saya melihat parti PAS telah hilang arah perjuangan. Hanya satu sahaja cara PAS boleh kembali kepada landasan perjuangan sebenar, iaitu mereka harus menjauhkan diri daripada kafir harbi DAP itu.

Tapi sanggupkah PAS kehilangan jawatan MB jika tidak bersengkokol dengan DAP untuk membentuk kerajaan campuran di Perak?

Adakah DAP telah berjaya memperbodohkan PAS dengan menyuruh PAS membuang niat menubuhkan kerajaan Islam jika mahu bersama DAP?

Sama-samalah kita saksikan percaturan politik DAP dan PAS! Bagi saya DAP sudah berjaya mengutip 2 mata dan PAS pula hilang 1 mata hasil perkongsian kuasa ini.

Dua mata yang dikutip DAP ialah menghapuskan DEB di P. Pinang dan menidakkan kerajaan Islam di Perak.

Manakala PAS pula, hilang arah perjuangan dan tidak lagi timbul kerajaan Islam sebagai sebahagian agenda politik.

kzso - actually it's dap 4 (and more to come) [pig industry in predominant malay area in selangor, no nep in penang, 999 years land titles for new village, no islamic states in perak (?) (under pas mb ~ although perak have strong and capable sultan and malay/moeslem majority) ] and pas/pkr 1 (for having a puppet mb) each. looks and proven that dap is smarter and experience political party compare to pas and pkr. kudos to lim kit siang, karpal singh and lim guan eng.

No comments: