NUFFNANG

Wednesday 23 July 2008

Renungan Buat Penyokong Pas: Terjagakah Kepentingan Islam Dan Melayu?

Renungan Buat Penyokong Pas: Terjagakah Kepentingan Islam Dan Melayu?

Wednesday, July 23 @ 15:08:25 MYT

Oleh Kunta Kinte Malaysia

Penulis terbaca banyak komen oleh penyokong Pas di blog Dr Mohamad Khir yang mendakwa penubuhan kerajaan campuran BN-Pas tidak mungkin akan membantu kejayaan agenda perjuangan Pas.

Terasa lucu sekali komen-komen mereka yang begitu marah kononnya idealogi dan cita-cita Pas akan tidak akan berjaya bersama UMNO.

Lucu kerana apakah kita melihat agenda dan perjuangan Pas untuk agama Islam dan orang melayu dilaksanakan sekarang di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat?

Di Selangor apakah yang diumumkan melibatkan keuntungan orang islam dan melayu seperti perjuangan Pas?

Taraf pemimpin Melayu dan Islam di Selangor hari ini sekadar membantu Tuanku Sultan menjaga ahl-ehwal agama Islam.Apakah projek pertama dan kedua kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor?

Projek Mega Babi, dan Projek Bandar Cina.

Apakah potfolio EXCO-EXCO Melayu dalam kerajaan Selangor hari ini berbanding dahulu?

Itu sahaja taraf orang Melayu yang berjaya Pas perjuangkan.

Kita lihat pula siapakah yang menguasai kedudukan ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Berapa ramai aktivis Pas yang berada di situ, berapa ramai Melayu yang ada di situ?

Masihkah penyokong Pas mahu menafikan bahawa dalam masa empat bulan ini pusat penjualan VCD cetak rompak dan lucah tumbuh bak cendawan muncul selepas hujan di kawasan-kawasan seperti Subang Jaya, Ampang dan Klang?

Dahulu Pas mendakwa kerajaan BN anti Islam kerana membenarkan Pusat hiburan dibuka sehingga jam 1 pagi.

Hari ini bukan sahaja ia tidak ditutup atau dikurangkan masa, malah bertambah pula masa pembukaannya. Berjayakah Pas melaksanakan agenda Islamnya?

Bayangkan jika Pas mengadakan kerajaan campuran tempoh hari dengan Hasan Ali menjadi menteri Besar dan timbalan MB pun dari Pas.

Bukankah banyak kuasa Menteri Besar dapat dilaksanakan bagi melaksanakan syiar Islam?Hakikatnya, Pas tidak lagi berminat untuk agenda politik Islam dan Melayu mereka.

Sebab itu Khalid Samad boleh berucap di dalam Gereja di Shah Alam menyokong usaha membenarkan nama Allah digunakan sebagai ganti nama tuhan dalam bible bahasa Melayu.

Pas hanya mahukan kuasa.

Mereka tahu kerajaan campuran BN-Pas akan berakhir apabila berlaku pilihan raya.

Belum tentu mereka akan menang seperti sekarang. Ini bermakna jawatan mereka tidak akan berpanjangan.

Sebaliknya jika mereka menggadaikan agenda perjuangan Islam dan Melayu mereka akan terus kekal bersama kuasa di Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Ini kerana orang bukan Melayu dan bukan Islam akan terus memberi jawatan kepada mereka.

Justeru apa yang penting bagi mereka ialah mengekalkan jawatan bukannya melaksanakan agenda perjuangan.

Lihat sendiri di Perak, Pas sanggup membuat laporan Polis terhadap khabar angin mereka akan menubuhkan kerajaan Islam dan melaksanakan hudud.

Bukankah ini agenda perjuangan mereka? JIka pun ia tidak benar, mengapa Pas hari ini begitu takut dengan isu-isu negara Islam dan hukum hudud; jauh sekali membicarakan perjuangan Melayu.

Di Pulau Pinang, Pas menerima penubuhan Majlis Antara Agama oleh kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

Mana perjuangan mereka ketika membantah Inter Faith Council suatu ketika dahulu?

UMNO terus membantah penubuhan IFC biarpun kalah dalam pilihan raya, tetapi Pas sudah menerimnya kerana menang pilihan raya.

Siapa yang hipokrit dan mempermainkan agama?

Memang mereka berhak menolak sebarang muzakarah dan kerjasama dengan UMNO mahu pun BN.

Namun janganlah berpura-pura menolaknya atas alasan agama Islam dan Orang Melayu.

Hakikatnya mereka lebih banyak menggadaikan idealisme perjuangan mereka bersama Pakatan Rakyat berbanding jika menerima tawaran kerajaan campuran dahulu.

kzso - don't underestimate pas. they know how to take advantage of situations

No comments: