NUFFNANG

Sunday, 27 July 2008

Kontrak Sosial: Habis Madu Sepah Dibuang?

Kontrak Sosial: Habis Madu Sepah Dibuang?

Posted by Dr Mohamad Khir Toyo at Sunday, July 27, 2008

Assalamualaikum para sahabat bloggers dan rakan-rakan sekalian,

Berikutan dua catatan sebelum ini iaitu, Impian Saya dan Perpaduan Melayu Bukan Ancaman, saya dikecam dan dianggap sebagai esktremis Melayu yang tidak memikirkan kepentingan kaum lain.

Ini tentulah tidak benar sama sekali kerana dasar-dasar semasa pentadbiran saya bukan sahaja mementingkan orang Melayu malah turut mengambil kira kehendak orang Cina dan India.Misalnya apabila Kerajaan Selangor semasa pentadbiran saya menubuhkan Pusat Kebudayaan Melayu dengan peruntukan RM 20 juta, kaum Cina dan India turut mendapat peruntukan yang sama.

Malah kerajaan Selangor di bawah pentadbiran saya merupakan yang pertama melancarkan tabung khas untuk pendidikan anak-anak kaum India yang miskin di bawah Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang. Kerajaan Selangor juga menaja lebih 100 orang anak kaum India yang miskin untuk belajar kemahiran di Inspens.

Memang benar saya memberikan peruntukan yang lebih besar untuk perkembangan agama Islam di Selangor kerana ia merupakan agama rasmi negeri dan negara.

Selain itu Islam juga mempunyai peruntukan besar dari hasil kutipan zakat.

Namun jika saudara-saudari masih ingat Selangor merupakan negeri pertama memberikan peruntukan untuk rumah ibadat lain.

Apakah ini menunjukkan saya seorang ekstremis kaum atau cauvinis perkauman?

Apa yang saya perjuangkan sekarang ialah hak-hak kedudukan agama Islam dan kepentingan orang Melayu yang telah lama dipersetujui.

Persetujuan ini bukan pula bersandarkan kekuatan orang Melayu dan menguntungkan orang Melayu semata-mata.

Sebaliknya ia merupakan proses memberi dan menerima antara semua kaum dalam membentuk struktur sosial negara pasca penjajahan.

Mungkin bagi generasi muda yang telah lupa pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu saya perturunkan semula kenyataan dua pemimpin kaum Cina dan India pada zaman awal kemerdekaan.

Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk "Tun Tan Answers Critics on special Previleges" dalam pada 30 april 1969, berkata:

"The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities."

[Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.]

- Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 38-39.



UCAPAN PRESIDEN MIC merangkap MENTERI KERJAYA RAYA, POS DAN TELEKOM, TUN V.T. SAMBANTHAN DI DEWAN RAKYAT PADA 1 JUN 1965.

"Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, "We shall tkae them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens." And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens...As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here."

[Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?Jika jita lihat di serata negara Asia dan asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dam lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu. dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan lehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara."Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."]


- Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 60

Apakah natijah daripada kenyataan ini? Ini menunjukkan bahawa orang Melayu melakukan pengorbanan yang terbesar dengan memberi kerakyatan kepada lebih sejuta kaum imigran yang datang ke sini.

Kesannya kaum Cina dan India menerima hak pendidikan, keselamatan, peluang pekerjaan, peluang ekonomi dan yang paling penting peluang untuk mengundi dan menentukan arus kepimpinan negara ini bersama-sama orang Melayu.

Justeru adakah jahat dan tidak adil jika saya dan orang Melayu lain mempertahankan sedikit hak agama dan bangsa yang telah dipersetujui sejak dahulu.

Lihatlah bagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu melihat masa depan pelbagai kaum dengan perasaan yang ikhlas.

Malangnya generasi hari ini mungkin kerana banyak terdidik di Barat telah lupa susur galur pembentukkan masyarakat pelbagai kaum negara ini.

Bagi saya tiada salah memperjuangkan kepentingan kaum tertentu, yang menjadi kesalahan ialah bila memburukkan kaum lain atau pun menuduh kaum lain tidak berlaku adil terhadap mana-mana kaum dalam negara berbilang kaum seperti negara kita.

Mengapa perlu dipertikaikan "kontrak sosial" ini sedangkan saya melihat tidak pula orang Melayu menguasai ekonomi sehingga menindas bukan Melayu.

Jika dikatakan terdapat orang India dan Cina yang miskin, saya percaya jumlah orang Melayu dan Bumiputera yang miskin lebih ramai daripada mereka.

Ini bukan bermakna kaum bukan bumiputera tidak perlu dibantu.

Terdapat pelbagai bantuan telah disalurkan melalui kerajaan, MCA, MIC dan pelbagai NGO.

Mungkin terdapat kelemahan dalam pelaksanaan bantuan tetapi ini bukan bermakna ia memberi ruang untuk pihak tertentu untuk mempertikaikan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan kedudukan orang Melayu yang telah dipersetujui sejak dahulu.

Saya berharap rakan-rakan kita bukan Melayu tidaklah bersikap habis madu sepah dibuang.

kzso - it's for umno leaders to be strong and firm on this....

1 comment:

Anonymous said...

kontrak adalah perjanjian dua belah pihak. seerti beli kereta. anda bayar ansuran dan saya beri kereta. jika anda tak mahu bayaran ansuran kerana sebarang sebab, saya boleh tarik kereta. sebab itu ada dalam perjanjian. mudah saja.