NUFFNANG

Monday 28 July 2008

UMNO-PAS : Karpal Singh ‘melompat’

UMNO-PAS : Karpal Singh ‘melompat’

Salahkah orang Melayu nak bercakap tentang perpaduan dan bersatu atas hal-hal kepentingan bersama tanpa mengambilkira idelogi politik?

Sebenarnya ramai dikalangan the silent majority yang bimbang melihat berbagai perkembangan melibatkan kepentingan orang Melayu secara keseluruhan ekoran dari keputusan pilihanraya 8 Mac yang lalu.

Diketika Parti Keadilan Rakyat dilihat oleh sesetengah pihak lebih condong kepada konsep Malaysian Malaysia ,harapan kini diletakkan pada PAS untuk berganding dengan UMNO bagi membendung benteng pertahanan orang Melayu dari semakin terhakis.

Bagi Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh beliau lebih mengambilkira sudut kepentingan politik pembangkang semata-mata bila melihat dengan penuh curiga perkembangan muzakarah UMNO-PAS.

Maka tidak hairanlah Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang vokal itu mengeluarkan satu kenyataan Ahad mempersoalkan kredibiliti PAS dalam Pakatan Rakyat hingga meminta ia menimbang secara serius keanggotaan PAS.

Siapa yang boleh lupa tentang kenyataan Karpal Singh satu ketika dulu ketika berkrisis dengan PAS ' langkah mayatnya dulu' jika parti itu nak laksanakan konsep negara Islam di Malaysia jika ia berkuasa.

"Jaminan Presiden PAS (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat dan DAP) bahawa PAS tidak akan meninggalkan pakatan itu bagi menyertai BN adalah tidak ikhlas dan tidak disokong oleh perkembangan kebelakangan ini.

"Selepas pilihan raya umum pada 8 Mac, PAS mengadakan perbincangan dengan Umno bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor. Tindakan ini berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan tentang perkara itu," katanya.

Beliau juga menyelar langkah PAS mengadakan satu lagi pusingan rundingan dengan UMNO "atas nama perpaduan Melayu" dan menyifatkan langkah bersifat perkauman oleh PAS itu sebagai tidak sejajar dengan dasar DAP dan Pakatan Rakyat.

"Pendedahan ini sungguh memeranjatkan dan memberi kesan serius. Kenyataan Nik Aziz ini mengetepikan kenyataan Hadi Awang di Ipoh semalam bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno atau menyertai Barisan Nasional.

"Jelas sekali, kenyataan pemimpin PAS kebelakangan ini memberi persepsi bahawa mereka akan meninggalkan Pakatan Rakyat," kata Karpal.

Tidak kurang menarik bila Karpal mempersoalkan komen Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengenai kes dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat tidak memihak kepada Penasihat PKR itu.

"Minggu lepas, Setiausaha Agung (sebenarnya timbalan presiden) PAS Nasharudin Mat Isa berkata orang Melayu sudah mula mempercayai tuduhan meliwat yang dihadapi Anwar Ibrahim.

"Kenapa Nasharudin buat kenyataan seperti itu? Dengan berbuat demikian, beliau membabitkan PAS secara menyeluruh memandangkan kedudukannya sebagai setiausaha agung (timbalan presiden).

"Kenyataan Nasharudin itu bukan saja bersifat menghina dan tidak tepat, malah berupa satu serangan terbuka terhadap Anwar Ibrahim yang sedang bergelut dengan usaha untuk merosakkan kredibiliti beliau melalui dakwaan meliwat.

"PAS tidak patut dan tidak boleh dibiarkan berlari bersama arnab dan memburu bersama anjing pemburu bagi mengelaknya daripada dibaham anjing berkenaan," kata Karpal.

Beliau berkata pilihan raya umum pada 8 Mac lepas memberi mandat kepada gabungan pembangkang untuk memerintah lima negeri dan mempamerkan dengan jelas bahawa rakyat mahukan sistem dua parti.

"Perkara paling penting, rakyat tidak mengundi mengikut kaum. PAS memilih untuk berusaha bagi menyatupadukan semua orang Melayu dan bukannya berusaha ke arah melaksanakan dasar bagi menyatupadukan semua rakyat Malaysia, sedangkan Pakatan Rakyat ditubuhkan bagi menyatupadukan semua rakyat Malaysia," katanya

kzso - karpal singh is aware that pas IS their strongest ally in pr with their thousands of branches and oily machineries compare to pkr and their own. as such he wants anwar to instruct pas to stop talking with umno since he knew that pas will listen to anwar (for him, pas is under anwar's control). it also shows that karpal singh has no respect towards pas when he mistakenly say uztaz nasha is the secretary general rather than the deputy president of pas. it is quite amusing since uztaz nasha is holding a high post in pas where he is the deputy president not the secretary general of pas. on karpal's statement that the rakyat wants two party system in the previous ge is a BS. the swing votes from the rakyat (malays, chinese and indians) is due to protest voting and to give a valuable lesson to abdullah, najib, ong ka ting, samy velu, lim keng yeik, koh tsu koon, kj, kalimullah, kamaluddin, 4th floor, nazri, shahrir, bung mokhtar, rafidah and other half past six government cabinet minister and mps

No comments: