NUFFNANG

Sunday, 27 July 2008

Kalau Zaid nak berhenti, berhentilah cepat!

Kalau Zaid nak berhenti, berhentilah cepat!

Sunday, 27 July 2008

ANGIN bertiup kencang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dikatakan bersiap sedia untuk meletak jawatan dalam waktu terdekat ini. Walaupun ini di tahap berita angin, tetapi selisih jangan anggap ini satu sebaran palsu kerana inilah apa yang sedang diperkatakan ramai. Tetapi sumber yang menyebut perkara ini tidak menyatakan sebab-sebab sahih mengapa beliau bertindak hingga mahu letak jawatan.

Sumber yang tidak diketahui dari mana puncanya ini mempunyai klu yang mirip pada kepercayaan ramai pemerhati politik yang mengatakan kalau benar Zaid akan letak jawatan, beliau akan letak jawatan sebelum negara menyambut merdeka 31 Ogos akan datang kerana beliau adalah antara Menteri yang menolak untuk menempah pakaian Hari Kebangsaan baru-baru ini.

Ada yang menyebut bahawa Zaid telah gagal dalam melaksanakan tugasnya yang bertanggungjawab terhadap undang-undang kerana telah mencadangkan dan menggesa supaya bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman tahun 1988 atas alasan menghargai kesukaran yang mereka lalui semasa krisis tersebut menerima bayaran ex-gratia yang terlalu lumayan dan telah mendapat kecaman hebat dari kalangan rakyat semua lapisan.

Tambahan pula, pembayaran lumayan itu diadakan dalam majlis senyap-senyap dan jumlahnya tidak diumumkan kepada ramai walaupun semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini beliau didesak oleh ahli-ahli Dewan untuk mengumumkan jumlah bayaran yang telah dibuat. Zaid dikatakan terus enggan memberi maklumat itu kononnya hakim-hakim terlibat meminta supaya pembayaran tersebut dirahsiakan.

Argumen sekarang adalah mustahil umum tidak akan tahu jumlahnya kerana dalam penyediaan bayaran itu, ramai yang terlibat. Setakat ini memang sudah pasti ramai yang tahu walaupun tidak tersebar luas kerana wang itu bukan wang ghaib yang diturunkan kepada kerajaan untuk tujuan tersebut.

Pemerhati politik berpendapat bahawa Zaid tidak perlu menyorok perkara ini kerana wang sagu hati itu adalah sebenarnya wang rakyat dan rakyat berhak diberitahu secara rasmi. Adalah lojik Zaid patut umumkan tetapi enggan buat sementara waktu ini kerana bimbang akan ditimpa kecaman lebih teruk lagi kerana jumlah yang terlibat dikatakan memang terlalu banyak yang tidak sepatutnya kerajaan menanggung beban itu dalam keadaan rakyat berada dalam keadaan tersepit kesan dari kenaikan harga petrol dan barang keperluan.

Ini juga ada kaitan dengan desas desus Zaid mahu meletakkan jawatan kerana tidak sanggup menanggung beban kecaman. Walaupun perkara berhenti dari perkhidmatan sebagai Menteri satu perkara biasa, tetapi ramai berpendapat ketiadaan Zaid tidak langsung menjejaskan nama baik institusi kehakiman kerana tanpa Zahid, institusi kehakiman boleh runtuh. Begitu juga Zaid, kalau tidak jadi menteri, beliau tidak akan jadi papa kedana.

Selain daripada sangkaan tujuan Zaid itu berlegar daripada isu rahsia jumlah bayaran ex-gratia, ada juga pihak yang menyebut bahawa Zaid tidak senang dengan campur tangan Menteri lain yang memperkatakan dan mempertahankan undang-undang kepada mata dunia berhubung kecaman negara barat terhadap pembelaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Atas sifat beliau (Zaid) sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang, beliau tidak kelihatan mahu bersungguh-sungguh mahu membela undang-undang negara yang memaksa Menteri Luar Negara, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang banyak mempertahankan ketelusan dan ketegasan undang-undang negara ini daripada kecaman negara luar.

Walaupun pembelaan Rais itu menerima tohmahan mencari kesempatan publisiti berikutan beliau menawar diri untuk jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan di Persidangan UMNO Disember akan datang, tetapi oleh kerana Rais juga berlatarbelakangkan pendidikan undang-undang dan memegang jawatan Menteri Luar, sepatutnya tidak boleh dipandang serong.

Ramai berpendapat bahawa sebagai menteri undang-undang, Zaid lembap dan terkais-kais untuk menangkis kecaman negara luar dan menampakkan Zaid bukan menteri yang cekap tetapi lebih sibuk mahu menonjol diri dalam cadangan-cadangan baru yang tidak relevan dan menghabiskan wang rakyat sepertimana yang dilakukan terhadap pembayaran ex-gratia kepada bekas hakim.

Kalau Zaid masih teragak-agak, eloklah buat keputusan cepat supaya mudah bagi Perdana Menteri membuat keputusan mencari ganti yang lebih sesuai daripada membenarkan rakyat berteka teki tentang pendirian Zaid yang mungkin diteka hingga ke paras tidak menyokong cara peralihan kuasa yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.

Cara terbaik ialah Zaid juga perlu membersihkan namanya dengan menetapkan pendirian segera supaya berita angin ini akan lebih jauh tersebar yang boleh mengakibatkan kredibiliti undang-undang dipersoalkan lebih jauh kerana kehadiran Zaid bukan membaik pulih sistem undang-undang negara, tetapi mencemarkannya dengan attitude peribadi yang kurang sihat terhadap negara.

kzso - is it true zaid? your clarification on this is required.

No comments: