KASIH TERAMAT KASIH KEPADA PAK LAH
Contributed by adzz on Saturday, July 26 @ 23:04:05 MYT
Naib Ketua Cawangan Ayer Keroh,Melaka, hari ini marah teramat marah kerana satu usul cawangannya menolak kepimpinan PL telah di bakulsampahkan dan tidak terbit pun di mana2 media arus perdana....banyakkanlah bersabar...inilah perjuangan, jangan putus asa.
Saya hendak pesan kepada semua ahli2 UMNO yang masih ada kesedaran dengan wadah yang terbentang di depan mata, mesyuarat cawangan dan bahagian, gunakanlah pentas ini untuk menyatakan pendirian anda yang sebenar. Katakan TIDAK kepada kepimpinan layu PL, kepimpinan yang menyebabkan maruah Islam, Melayu dan negara, dipijak2 sehingga hampir lunyai.
PRU12, ramai ahli UMNO telah menyatakan protes mereka kepada PL dengan mengundi pembangkang....betulkah cara ini? Pendapat saya, kita bermain dengan api, lihat hasilnya , 5 negeri tergadai kepada pembangkang...ini kerja bahaya !!! Bayangkan jika 10 buah negeri....TETAPI PL masih dengan angkuhnya tersenyum menyatakan beliau masih menang, masih PM Malaysia .
TERSENYUM, YA, PAK LAH MASIH TERSENYUM.
Ada beberapa cawangan telah mengusulkan DSNajib, Ku Li dan TSMuhyidin untuk jawatan Presiden UMNO. Adakah ini akan berjaya ? Bacaan saya, kita hanya membuang peluru, berhabis air liur, kerana :
1) Mesyuarat MT2 UMNO telah memutuskan 2 jawatan tertinggi parti tidak akan dipertandingkan...ingat tu.....inilah senjata terbesar PL untuk memadamkan "pemberontakan" akar umbi.Lihatlah cara "suci" PL,bersembunyi dibelakang kod tataetika, beliau dan menantu bebas melobi atas tiket kerajaan dengan majlis2 bersama rakyat, tetapi semua calon yang ingin bertanding digam dengan kod ciptaannya. Harus juga diingat, sedangkan Tun yang berkaliber pun boleh disisihkan oleh PL !!!
2) Jika sampai pun usul ini ke bahagian, adakah akan diterima ? Saya pasti tidak, contoh pertama, Ayer Keroh, siapa ketua bahagiannya SEKARANG? Ketua2 bahagian sekarang kebanyakkannya memang "orang" PL, mereka ini telah "dibuncitkan" ( baca agihan jutaan ringgit kepada bahagian, wang itu diletak di bawah ketua bahagian, bukan ADUN atau Ahli Parlimen ! )...carilah ketua bahagian yang "sengkek", kalau ada, syukurlah...
3) PL bukan bermain seorang diri, menantu?...ramai beranggapan menantu buat roadshow untuk jawatan Ketua Pemuda sahaja, tetapi orang ini sebenarnya buat kerja 5 atau 10 dalam 1. Menantu punyai akses terus dengan MB2, ketua2 bahagian, ketua cawangan dan ketua pemuda. Semua ini di remote control secara halal ( contoh sumbangan kebajikan ) atau haram ( biasa la...duit sumbat mulut ). Jadi kalau menantu datang ke tempat anda, perhatikan siapa yang mengadap atau mengekori dia ketika itu.
4) Menurut sumber yang layak dipercayai, PL dan menantu telah menyusun satu strategi kotor, seperti yang digunakan di Dewan Rakyat. Caranya, menggunakan Pengerusi Tetap Persidangan, mereka diarah "memancung" usul pencalonan, dengan menggunakan kuasa veto pengerusi, menolak "lembut" berlandaskan keputusan mesyuarat MT2 atau membahaskan satu2 usul dengan membiarkan waktu perbahasan berpanjangan, sehingga usul pertandingan calon presiden akan DITOLAK secara "izin dalam paksa" KERANA KESUNTUKKAN MASA !! Oleh itu, awas dengan taktik ini, di cawangan2 dan juga bahagian2.
PL bukanlah pemimpin "bersih" sebagaimana yang diimejkan oleh media2 arus perdana...beliau seorang pendendam dan tidak takut untuk berbohong kepada rakyat, seolah-olahnya rakyat ini tuli dan buta. PL boleh menukar keputusan dalam jangkamasa singkat, contohnya, pembatalan jambatan bengkok dan kenaikkan harga minyak,gayanya cukup selamba sambil tersenyum2 kucing ( mungkin dalam hatinya...padan muka kamu, ingat jangan cuba cabar aku lagi ! )
Kerana itu, saya menyeru sangat kepada ahli2 UMNO yang akan bermesyuarat, gunakan pentas ini sebaik-baiknya. Nyatakan kemarahan, kebencian, rasa mual dan meluat anda kepada PL, di gelanggang yang betul.
Benar, kita boleh membuat pencalonan jawatan presiden kepada 3 orang tadi, TETAPI, jangan lupa usul "melenyapkan" PL dari kepimpinan UMNO dan negara....cara paling jelas ialah minta berundur sebelum Disember bukan 2010....Atau paling keras usulkan UNDI TIDAK PERCAYA kepada Pak L.ah.
Kita tidak boleh dan mampu lagi untuk memberi permaidani merah kepada PL untuk 2 tahun akan datang, kenanglah jasa Tun, dengarlah rayuannya, UMNO masih boleh dipulihkan, OLEH AHLI-AHLI UMNO SENDIRI !!!
KEPADA AHLI-AHLI UMNO, CUKUPLAH, PANDANGLAH WAJAH ANAK-ANAK ANDA YANG BAKAL ANDA TINGGALKAN, MAHUKAH KITA MEMBIARKAN MEREKA MEREMPAT DI BUMI SENDIRI, HANYA KERANA....KASIH TERAMAT KASIH KEPADA PAK LAH !!!!
kzso - to umno grassroots, you know what to do.
No comments:
Post a Comment