Bantahan pembinaan surau di Desa Mentari oleh MP Kelana Jaya Loh Gwo Burne
by belantan on Sunday, July 20 @ 13:38:42 MYT
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa beliau dikasari oleh pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga merupakan wakil parti itu semalam.

Ekoran beliau ditumbuk di bahagian mata kanan ketika majlis pecah tanah pembinaan surau di Desa Mentari di sini pukul 3 petang semalam.
Loh, individu yang merakamkan perbualan peguam V.K. Lingam berkaitan aturan pelantikan hakim sehingga mencetuskan kontroversi tahun lalu, mendekati penganjur majlis tersebut selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah pembinaan surau di kawasan itu.
Katanya, beliau ke tempat kejadian selepas menerima maklumat ada bantahan oleh kalangan penduduk india terhadap pembinaan surau.
Isu berkenaan yang timbul sejak dua minggu lalu seharusnya diselesaikan kelmarin.
Kata Loh, apabila beberapa kali bertanya siapa yang bertanggungjawab atas projek berkenaan pembantu Nik Nazmi menyerangnya.
Kata Loh, beliau diserang apabila dikatakan "sebagai pembantu khas seharusnya mengetahui siapa pemaju projek ini."
Walaupun pembantu khas itu telah meminta maaf tetapi jelas Loh, beliau terpaksa membuat laporan polis.OCPD Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.
Majlis pecah tanah surau Desa Mentari dibantah penduduk India
Majlis pecah tanah yang sepatutnya disempurnakan oleh Hassan Ali di Desa Mentari telah menimbulkan kekecohan.
Sebilangan penduduk India telah membantah pembinaan surau tersebut.
Kelana jaya -
Majlis pecah tanah yang sepatutnya disempurnakan oleh Hassan Ali di Desa Mentari telah menimbulkan kekecohan.
Sebilangan penduduk India telah membantah pembinaan surau tersebut.
Ahli Parlimen, Goh Bon Loh telah cuba masuk campur dalam pertikaian tersebut.
Ketika itu berlaku pertengkaran diantara beliau dan pihak penganjur dan beliau telah ditampar oleh pembantu Nik Nazmi Nik Ahmad ADUN Seri Setia yang juga seorang ahli PKR.
kzso - apa komen hassan ali? ini baru surau, kalau bina masjid? mana dia persepakatan dan koordinasi pkr dan pas?
No comments:
Post a Comment