NUFFNANG

Wednesday 30 July 2008

POLITIK WANG DAN SOKONGAN CAWANGAN

POLITIK WANG DAN SOKONGAN CAWANGAN

– Ruhanie Ahmad

Jumlah cawangan UMNO yang mendesak bahagian masing-masing supaya tidak mencalonkan semula Datuk Seri Abdullah Badawi ke jawatan Presiden UMNO di seluruh negara kini meningkat daripada 48 kepada 64.

Menurut blogger Zeme, keputusan terbaru majoritinya daripada cawangan UMNO Bahagian Muar, Johor, yang menjalankan persidangan cawangan masing-masing pada hujung minggu lalu.

Keseluruhan cawangan ini telah mendesak Bahagian Muar mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah ke jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan parti Disember 2008 ini.

Senarai penuh cawangan ini adalah: Cawangan Muarani (Maharani?), Bandar A, Bandar, Parit Perupuk Laut, Sungai Balang, Kampung Indah Parit Bugis, Seri Kemang, Sungai Kelat, Sungai Pulai, Seri Rahmat, Seri Pantai dan Paya Lebar.

Blogger Zeme juga memberikan khabar bahawa satu cawangan UMNO dalam Bahagian Langkawi, Kedah, telah membawa usul supaya UMNO bahagian berkenaan mencalonkan Razaleigh sebagai calon Presiden UMNO. Satu lagi cawangan dalam bahagian ini pula mengusulkan Datuk Najib Tun Razak diberikan peluang bertanding jawatan Presiden UMNO.

Seterusnya, UMNO Cawangan Parit 4 Timur, Bahagian Sabak Bernam, Selangor, telah mengusulkan kepada bahagiannya untuk mencalonkan Najib ke jawatan Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke jawaqtan Timbalan Presiden UMNO.

Sementara itu, blogger Anak Jati Melayu, mengirimkan info mengenai amalan politik wang di peringkat cawangan seperti berikut:

Menantu (Abdullah) dah lama dok menyuap-nyuap untuk melobi jadi calon Ketua Pemuda. Banyak bahagian di Johor dah dijelajahi (olehnya). Tataetika yang baru di buat pun tak ada halangan bagi sidia. Sehinggakan pergi mesyuarat cawangan bawa pengawal macam polis. Berapa banyak dia tabur (saya) tak tahu. Ada kawan (yang) kerja di satu kementerian cakap, sekali (menantu Abdullah) tabur (duit), semua putih mata. Satu bahagian di Johor, katanya dah diperuntukkan RM1.00 juta untuk pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. UMNO boleh hancur kerana politik wang. - 8:14 AM, 29.7.8

Ini pula maklumat mengenai politik wang daripada seorang yang menggunakan nama Ahli Insaf daripada UMNO Bahagian Parit Sulong, Johor. Menurutnya, kini ada seorang calon bagi satu jawatan dalam bahagian tersebut dikatakan menabur wang berpuluh-puluh ribu ringgit banyaknya. Ada sesetengah pihak dalam bahagian itu telah melaporkan kes ini kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR) di Batu Pahat. 2.00 PM, 29.7.8

Saya tidak akan komen mengenai amalan politik wang ini kerana ada pembesar UMNO sudah buat kenyataan baru-baru ini bahawa BPR memang diminta memantau amalan ini di semua peringkat UMNO yang sedang menjalankan persidangan cawangan masing-masing di seluruh negara. Moga-moga kerjasama daripada BPR akan membantu UMNO memansuhkan amalan politik wang. Jika tidak, seperti yang banyak disuarakan menerusi blog ini, UMNO mungkin musnah akibat politik wang.

kzso - will the aca and umno disciplinary committee check on this allegation about kj? will the nos of branches not nominating ydp pm be increased further? time will tell.

No comments: