Ingatan Ezam kepada Anwar....ini masalah peribadi jangan politikkan
Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Noor berkata, tindakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba kaitkan isu dakwaan liwat ke atasnya sebagai konspirasi politik adalah merupakan cubaan beliau mempolitikkan isu berkenaan.
Selain itu katanya, tindakan Anwar itu juga merupakan usaha beliau untuk menarik perhatian dan antarabangsa khususnya Amerika Syarikat untuk membela dirinya.
"Tidak ada konspirasi dalam isu terbaru ini...ini masalah peribadi dia (Anwar) dengan Saiful (yang dakwa diliwat).
Ini taktik Anwar untuk memperlihatkan kononnya dia melawan isu besar iaitu konspirasi.
Jangan cuba kaitkan pemimpin negara dengan kata adanya konspirasi...saya ulangi ini masalah peribadi dia sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program penerangan yang dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Selangor di Shah Alam, pagi Khamis. - 3/7/2008
No comments:
Post a Comment