NUFFNANG

Wednesday 16 July 2008

Debat : Shabery Memperbodohkan Diri Sendiri


Debat : Shabery Memperbodohkan Diri SendiriContributed by UmnoMuda on Wednesday, July 16 @ 11:21:13 MYT

Apabila debat Anwar-Shabery berakhir malam tadi, saya dan rakan-rakan masing-masing terpinga-pinga.

Apakah tujuan sebenar debat itu diadakan?

Adakah ianya salah satu bentuk hiburan untuk rakyat di malam hari selepas penat bekerja seharian atau untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat?

Terus terang saya katakan, saya tidak bersetuju debat ini diadakan kerana bagi saya ianya bakal menyerlahkan "kewibawaan" Anwar berbanding membela keputusan kerajaan menaikkan harga minyak.

Calon yang mewakili pihak kerajaan juga tidak diyakini kewibawaannya dan akhirnya diperbodohkan oleh Anwar apabila kebanyakan jawapan yang diberi oleh Shabery tidak menepati soalan.

Secara tidak langsung membawa imej kebodohan kerajaan.

Sudah tentunya, episod debat itu akan menjadi modal besar pembangkang di kemudian hari untuk memburukkan kerajaan.

Shabery yang baru beberapa bulan menjadi menteri nampaknya terlalu yakin dengan kehebatan diri sendiri.

Sepatutnya beliau mengukur baju di badan sendiri sebelum membuat keputusan untuk berdebat dengan Anwar yang sudah berpengalaman memutar belit fakta dan pandai pula bermain kata-kata memikat emosi rakyat.

Seluruh rakyat termasuk ahli UMNO sendiri sebenarnya tidak bersetuju dengan kenaikan mendadak harga minyak ini.

Malah Tun Dr Mahathir juga pernah menyuarakan penentangannya terhadap kenaikan mendadak harga minyak ini di dalam blognya.

Umum sudah mengetahui, kenaikan harga minyak ini adalah hasil daripada keputusan Perdana Menteri yang buta ekonomi, tidak berpandangan jauh dan "flip-flop" dalam membuat keputusan.

Sebab itulah ramai di kalangan ahli UMNO sendiri mendesak Pak Lah meletakkan jawatan. Jadi saya tidak faham apakah rasionalnya debat ini diadakan.Selepas ini imej Anwar akan mencanak naik dan dianggap pula sebagai "hero" rakyat.

Kemudian bangsa melayu bersedialah kehilangan pelbagai hak di negara sendiri atas slogan "ketuanan rakyat".

Semuanya atas "jasa" Shabery yang bermurah hati berdebat dengan Anwar sehingga menyerlahkan lagi kebodohan pentadbiran kerajaan Pak Lah.

kzso - actually both have failed......need I have to say more on this?

No comments: