NUFFNANG

Wednesday 11 February 2015

[SEMAKIN SUSPENSE....] ... ANWAR LIWAT : NAMA KETUA PEMBANGKANG BARU & CALON PRK PERMATANG PAUH....

[SEMAKIN SUSPENSE....] ... ANWAR LIWAT : NAMA KETUA PEMBANGKANG BARU & CALON PRK PERMATANG PAUH....

DI bawah ialah gambar kenderaan yang membawa Anwar Ibrahim ke Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar Ibrahim bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun kerana meliwat Saiful Bukhari.


Kita sudah tentu akan membaca rungutan daripada kepimpinan Pakatan Pembangkang dan sekutu-sekutunya sama ada di dalam atau diluar negara. 

Tetapi mereka terlupa (atau buat-buat bodoh lupa) bahawa sistem kehakiman yang sama telah memenangkan banyak kes mahkamah kepimpinan Pakatan Pembangkang sebelum ini.

Sekarang, ada 2 persoalan yang perlu dijawab. 

1. Siapakah Ketua Pembangkang baru?

2 nama disebut-sebut untuk menggantikan Anwar Ibrahim. Mereka ialah Wan Azizah dan Azmin Ali.

Tetapi Wan Azizah bukan ahli parlimen. Beliau tidak boleh jadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. 

Jika begitu, Azmin Ali dilihat berpotensi besar tetapi kemelut 'Langkah Kajang' yang menjatuhkan maruah seluruh kepimpinan Pakatan Pembangkang sudah pasti akan menghantui beliau.

Difahamkan bahawa Pakatan pembangkang akan mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi untuk berbincang tentang pengganti Anwar Ibrahim. Dalam masa yang sama, takkan PAS dan DAP tidak berminat untuk mencuba nasib?

2. Siapakah calon PKR di Parlimen Permatang Pauh?

Pilihanraya kecil Permatang Pauh bakal diadakan tidak lama lagi. Persoalan tentang calon baru ini sebenarnya telah menjadi perbualan di sini. 

Tetapi ramai yang percaya bahawa kerusi di kubu Anwar Ibrahim ini tidak mungkin akan diberikan kepada orang lain selain daripada keluarga Anwar Ibrahim. 

Dengan kerja kuat yang dibuktikan oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh selama ini yang begitu mesra rakyat dan banyak membantu penduduk Permatang Pauh, PKR perlu bergantung kepada undi simpati. 

Siapa lagi yang boleh menagih simpati jika bukan keluarga Anwar Ibrahim walau pun mereka itu tiada sumbangan yang signifikan kepada penduduk parlimen tersebut.

Persaingan di PRK Permatang Pauh kali ini bakal sengit dan mendebarkan.

Tetapi rakyat parlimen tersebut sudah pasti dapat membezakan di antara pemimpin yang benar-benar buat kerja untuk mereka atau sekadar bidan terjun sahaja.

Apa pun, penganalisis politik menganggap bahawa dengan ketiadaan Anwar Ibrahim di arena politik untuk 5 tahun, kita akan menyaksikan keretakan di antara PAS dan DAP menjadi semakin teruk. 

Perpecahan tidak dapat dielakkan kerana pergolakan DAP - PAS ini sudah mencapai maksimanya.

source : dr mim

No comments: