NUFFNANG

Wednesday 4 February 2015

92 KETUA BAHAGIAN TEGUH BERSAMA ISMAIL SABRI , BALUN KP MCA BERSEKONGKOL DAP !!

92 KETUA BAHAGIAN TEGUH BERSAMA ISMAIL SABRI , BALUN KP MCA BERSEKONGKOL DAP !! 

by Generasi Pejuang Bangsa



Sebentar tadi 92  ketua Umno bahagian  berkumpul bagi menyatakan sokongan padu  kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaakob berhubung kenyataannya terhadap peniaga berbangsa Cina.

Mereka  hadir  menyatakan sokongan penuh kepada Ismail Sabri dengan kenyataannya itu sebagai kuasa pengguna.


Selain itu , mereka juga turut membidas kenyataan Ketua Pemuda MCA yang bersekongkol dengan DAP mendesak DS Ismail Sabri dipecat daripada Menteri Kabinet .

Siapa dia KP MCA nak desak PM pecat Menteri seperti Ismail Sabri ?

Di media sosial , rata- rata rakyat memberi sokongan 100 % pada Ismail Sabri malah dilabel oleh akhbar Sinar Harian hari ini sebagai HERO Pengguna  !!

Berani kerana benar ...

Jangan takut dan gentar kepada puak2 rasis ini demi rakyat.

Solidariti... Ingat lagi ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini... beliau berulang kali menekankan perkataan 'solidariti'... Tengah hari Rabu, bertempat di Putrajaya, 92 Ketua UMNO bahagian mengatakan sokongan atau solidariti kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ini perhimpunan paling ramai ketua-ketua UMNO bahagian selepas Perhimpunan Agung UMNO hujung November lalu.
"Ia merupakan solidariti kepada saya selepas banyak laporan polis yang dibuat terhadap saya..." kata Ismail Sabri kepada wartawan selepas majlis tersebut.
Acara yang diwar-warkan sejak Selesa itu menarik kehadiran 53 petugas media yang mendaftar untuk membuat liputan.
Ia selepas timbul kontroversi komen 
facebook
 yang dibuat Ismail Sabri mengenai boikot peniaga yang tamak telah dijadikan isu perkauman oleh sesetangah pihak.
Tampil untuk menjadi jurucakap dalam acara di Kelab Tasik Putrajaya itu adalah Ketua UMNO bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzil.
"Kami selaku ketua-ketua UMNO bahagian seluruh negara menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Jika dilihat dari konteks kenyataan itu sememangnya kuasa beli dari kumpulan  majoriti mampu mengubah dan mempengaruhi peniaga untuk menurunkan harga barang .
"Jika ini berlaku bukan sahaja orang Melayu yang merupakan kaum majoriti di tanah air tercinta ini mendapat manafaat, malah kaum-kaum lain termasuk Cina juga akan mendapat manafaat daripadanya," ujar beliau membacakan kenyataan media tiga muka surat.
Musa turut membidas tindakan Ketua Pemuda MCA yang bersekongkol dengan DAP yang berkerjasama menyelar kenyataan Ismail Sabri.
"Pihak kami mengutuk sekeras-kerasnya bentuk kerjasama mereka dan menuntut Presiden serta kepimpinan tertinggi MCA selaku komponen BN mengambil tindakan tegas ke atas Ketua Pemuda MCA yang secara terang-terangan berkerjasama dengan DAP.
"Kerjasama ini tidak dapat diterima kerana sememangnya telah terbukti DAP adalah parti chauvanist dan selalu bertindak menimbulkan isu-isu perkauman.
"Ketua Pemuda MCA perlu menjawab kenapa beliau sanggup duduk semeja bersama DAP sehingga meminya Perdana Menteri mengugurkan Ismail Sabri dari jawatan Kabinet," kata Musa.
Jelasnya, Ketua-Ketua UMNO bahagian menyokong penuh kedudukan Ismail Sabri sekali menteri Kabinet serta mereka akan berdiri dibelakang beliau sekiranya dikenakan apa-apa tindakan,".
Ismail Sabri sebelum ini dikecam teruk oleh Ketua Pemuda MCA Ching Sin Woon.
Sedangkan Ismail dalam kenyataannya menjelaskan ia bukan ditujukan kepada peniaga kaum Cina saja tetapi kepada semua pemborong dan peniaga yang masih tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak diturunkan.
Pada Isnin, Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon secara terang-terangan menyatakan mahu berganding bahu dengan DAP untuk menyerang Ismail.
Chong dilaporkan membidas Ismail dengan berkata: “Untuk memboikot perniagaan Cina adalah kenyataan kurang bijak dan menegaskan Ismail hanya membuat kenyataan peribadi, bukan pendirian Kabinet mahupun BN

No comments: