NUFFNANG

Thursday 19 February 2015

[ANWAR SODOMY II . SECTION 377B EXPLAINED] ... Shafee Jawab Maksud Istilah ‘Sukarela’ Di Bawah Seksyen 377B

[ANWAR SODOMY II . SECTION 377B EXPLAINED] ... Shafee Jawab Maksud Istilah ‘Sukarela’ Di Bawah Seksyen 377B

AIDCNews – 18/2/15 – Semalam Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ditanya soalan kenapa hanya Anwar Ibrahim sahaja yang didakwa, sedangkan Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak pernah didakwa dalam kes tersebut.
Menurut penyoal, Seksyen 377B yang dipertuduhkan kepada Anwar dengan jelas menyebut ‘whosoever voluntarily‘ (barang sesiapa secara sukarela).
Muhammad Shafee menjawab maksud istilah ‘voluntarily‘ (sukarela) bukan dirujuk kepada mangsa (Saiful), tetapi ia merujuk kepada pemangsa (Anwar) yang secara sukarela memasukkan zakarnya dalam dubur mangsa.
“377B..bila digunakan perkataan ‘barang sesiapa secara sukarela’…Sukarela bukan merujuk kepada mangsa (Saiful). Sukarela merujuk kepada pemangsa (Anwar), yang bermaksud dia secara sukarela memasukkan zakarnya ke dalam dubur (mangsa),”jelas Muhammad Shafee.
source : aidc

No comments: