NUFFNANG

Sunday 22 February 2015

[PAKATAN DIAMBANG PEPECAHAN AKIBAT ROADSHOW TAN SRI SHAFEE ABDULLAH! ] ... PEMBANGKANG SEMAKIN PANIK & RISAU DENGAN PENDEDAHAN PANAS KES ANWAR …...

[PAKATAN DIAMBANG PEPECAHAN AKIBAT ROADSHOW TAN SRI SHAFEE ABDULLAH! ] ... PEMBANGKANG SEMAKIN PANIK & RISAU DENGAN PENDEDAHAN PANAS KES ANWAR …...

Nampaknya media pro-pembangkang masih lagi beria-ia cuba untuk menjatuhkan kredibiliti TS Shafee Abdullah dan menidakkan sokongan rakyat kepada program jelajah forum Shafee Abdullah tentang kes liwat Anwar Ibrahim.
Kononnya, program jelajah mendapat 'kritikan yang menggalakkan' padahal sambutan kepada forum Shafee Abdullah itu yang sangat menggalakkan jika dibandingkan dengan minoriti yang mengkritik. Bukti yang sangat jelas ialah semasa forum ini diadakan di parlimen Anwar Ibrahim.

Hampir 250 orang hadir mendengar forum Shafee Abdullah manakala yang memalukan ialah kehadiran kurang daripada 40 orang pro-Anwar yang membuat bising di luar kawasan forum tersebut. 
Yang bangangnya ialah kenyataan Lim Kit Siang DAP yang begitu kalut dan melenting apabila Shafee Abdullah bercakap di dalam forum tersebut. Di antara rengekan veteran tua DAP itu :
Lim juga membidas Shafee kerana ingin menyertai siri jelajah yang dianjurkan Umno bagi menjelaskan penghakiman terhadap Anwar itu…. 
….. Dalam satu kenyataan semalam, Lim berkata program jelajah itu merupakan bukti kekalahan Shafee dalam mahkamah pendapat awam walaupun memenangi kes terhadap Anwar di mahkamah.seterusnya
Nampak sangat kebangangan veteran tua DAP cuba menegak benang yang basah.Dalam masa yang sama, semakin Pembangkang dan media pro-pembangkang mengecam Shafee Abdullah, semakin jelas menunjukkan kerisauan berlebihan mereka kepada kebenaran yang didedahkan oleh Shafee Abdullah kepada rakyat.

Tambahan pula, lebih ramai lagi rakyat yang buka mata dan tidak lagi mempercayai pembohongan pembangkang selama ini. 

Kelakarnya ialah rengekan Lim tua yang mendakwa, 'program jelajah sebagai bukti kekalahan Shafee dalam mahkamah pendapat awam walaupun memenangi kes di mahkamah'. 

Rengekan bapa Lim Guan Eng DAP ini sangat mudah ditangkis. Realitinya, baru sekarang Shafee Abdullah terlibat dalam program jelajah ini kerana sebelum ini, kes tersebut masih lagi dalam perbicaraan. 

Dan sebagai seorang peguam yang bertanggungjawab, beliau tidak mahu mendahului keputusan Mahkamah Persekutuan. Hanya selepas keputusan sahaja baharu beliau mendedahkan kes tersebut kepada rakyat.

Yang memalukan ialah rakan politik Lim Kit Siang DAP dari dahulu lagi sudah menghina sistem Mahkamah dengan pelbagai fitnah kononnya tali barut, tidak adil dan sebagainya.

Padahal, sistem kehakiman yang sama telah berpihak dan menangkan banyak kes yang melibatkan pemimpin Pembangkang sebelum ini. Sungguh hipokrit pembangkang ini!

Dan jika benar seperti yang dikatakan oleh Lim Kit Siang DAP iaitu 'mahkamah pendapat awam', beliau dan portal pro-pembangkang sepatutnya tidak melenting dan meracau seperti sekarang. 

Mereka sepatutnya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri kenyataan Shafee Abdullah dan bukannya pre-amp mahu menanam persepsi negatif terhadap Shafee Abdullah dan program jelajah tersebut. 

Malah sehingga ke hari ini, ahli politik Pakatan Pembangkang dan NGO-NGO tali barut Pembangkang juga masih berterusan menghina Mahkamah dengan pelbagai tuduhan dan fitnah yang sangat jijik dan memualkan rakyat.

Bagaimana dengan penghinaan mahkamah di dalam artikel yang ditulis oleh Christopher Leong, Presiden Majlis Peguam, bertajuk 'Datuk Seri Anwar Ibrahim: Prosecuted or persecuted?' yang disiarkan dalam MalayMail?


Anda baca seterusnya : KLIK SINI

Source : dr mim

No comments: