NUFFNANG

Thursday 12 February 2015

Selamat berjuang...Nurul Nuha Anwar

Selamat berjuang...Nurul Nuha Anwar

Jangan marah dan salahkan Nurul Nuha Anwar kalau dia merasa sedih,geram dan akan mengetuai kempen 'March to Freedom' untuk menuntut pembebasan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masuk Penjara Sungai Buloh petang Selasa.

Begitu juga adik beradiknya yang lain termasuk Nurul Izzah, Ehsan, Nurul Ilham.

Mungkin dari kacamata mereka Anwar ialah seorang bapa sempurna yang pijak semut pun tak mati ketika di rumah.

Mungkin juga mereka jarang tengok drama atau sinetron di kaca televisyen yang memaparkan kisah 'makan luar' dalam kehidupan rumah tangga atau macam aksi 'Madu Tiga' P.Ramlee.

Kita juga tidak pasti samaada Nurul Nuha tahu tidak Anwar satu ketika dulu cukup intim dengan rakan tenisnya, Datuk S Nallakaruppan yang tercatat pernah membuat pengakuan terbuka bagaimana 'nakalnya' bapanya semasa Timbalan Perdana Menteri dulu.

Dengar cerita Nallakaruppan ada simpan banyak kisah menarik yang boleh buat orang mengucap panjang.

Entahlah, samaada dia kenal siapa itu Datuk Sharzly Eskay Abdullah @ Datuk T, ahli perniagaan yang juga secara terbuka mengaku dirinya 'tukang atur' untuk aktiviti ' ko-kurikulum' Anwar baik di Kuala Lumpur maupun di Bangkok.

Eskay ialah orang membuat pendedahan mengenai klip video China Doll.Dia juga sudah bersumpah dalam masjid untuk mempertahankan dakwaan lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Jangan lupa Eskay juga mendakwa dia adalah 'rakan malam' Anwar yang datang jemput dan hantarnya pulang 'bila diperlukan'.

Ini semua bukan cerita dongeng.Nurul Nuha boleh google untuk baca balik semua al-kisah ini atau buka balik keratan-keratan akhbar yang membawa berita tentang ini.

Kalau ada ketabahan hati sebagai orang yang betul-betul nak cari kebenaran elok juga dia renung,renung dan renung klip video yang panas itu untuk membuat penilaian sendiri.

Sebagai anak kita juga mungkin tertanya-tanya apakah dia tidak hairan mengapa bapanya perlu gunapakai sebuah kondominum di Desa Damansara milik seorang rakan - sedangkan jarak rumah mereka di Bukit Segambut tidak jauh mana.

Juga seperti bukti CCTV dalam kes liwat,mengapa Saiful Bukhari Azlan jadi pilihan hati bapanya boleh keluar masuk di situ?
Sepatutnya waktu itu Nurul Nuha juga patut tanya Papa mengapa dalam banyak-banyak pembantu si Saiful yang usung ke Hong Kong dan Singapura.

Bila sudah sentuh pasal kondo di Desa Damansara...ingat tak dalam kes liwat pertama...kisahnya juga kondominium yakni Tovoli Villa,Bangsar.Bukankah di situ pemandunya Azizan Abu Bakar diliwat.

Waktu itu rumah Anwar terletak di Bukit Damansara yang cuma satu gear saja dari Bangsar.
Juga tidak kurang menarik tidak lama dulu kita pernah dihidangkan dengan pengakuan Ezam Mohd Noor mengenai panggilan telefon yang diterimanya dari Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang waktu itu berada di Washington.

Dakwa Ezam yang ketika itu Ketua Pemuda Keadilan dan bebas keluar masuk rumah Anwar,suara Wan Azizah bernada cemas bila diberitahu ada seorang lelaki lain berada di dalam rumah itu.

Insiden ini,yang kata Ezam mula mencetuskan keraguannya pada 'perangai' Anwar dan kemudian mendorongnya keluar parti.

Wan Azizah yang ditemui wartawan tidak lama lepas itu mengesahkan ada membuat panggilan telefon pada Ezam waktu itu tetapi menafikan ia bernada cemas.

Dia mendakwa dalam panggilan pada Ezam itu, “saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia…”

Kata orang kalau nak tulis segalanya mungkin satu novel pun tidak cukup untuk menceritakan pelbagai liku kisah termasuk pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad kenapa beliau bertindak terhadap Anwar.
Bekas Perdana Menteri itu mengakui beliau mungkin ada buat banyak kesilapan tetapi memecat Anwar bukan satu kesilapan.

Ada kata-kata popular yang sering menjadi ajukan..."siapa yang malu...mereka dan keluarga mereka'.

Jadi tolak sebelah segala fakta yang ada...sebagai anggota keluarga sudah menjadi tanggongjawab Nurul Naha mempertahankan maruah keluarga.

Maka dalam sidang akhbar bersama-sama adik beradiknya di rumah mereka di Bukit Segambut Rabu,Nurul Nuha sambil menangis beritahu mereka akan bentuk urus setia untuk ketuai kempen menuntut pembebasan Anwar.
Semasa kes liwat pertama dulu,Nurul Izzah, kini sudah jadi Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang ke depan.
Kata Nurul Nuha yang kini berusia 30 tahun kempen mereka bukan setakat di Malaysia tetapi akan menjangkau ke peringkat antarabangsa.
Anak Anwar yang kini disebut-sebut mungkin akan jadi calon pilihanraya kecil Permatang Pauh kata dia yakin rakyat Malaysia akan bangkit.

Siapa tahu mungkin Nurul Nuha dan keluarganya cukup yakin di luar sana tidak ramai yang ambil peduli jalan cerita dari awal hingga akhir 'drama Anwar Ibrahim' yang kantoi dengan kes Saiful.

Lagipun bukan susah nak pengaruhi dan bakar sentimen orang dengan cerita penderitaan sebuah keluarga yang konon teraniaya oleh konspirasi jahat.

Supaya nampak mantap jangan lupa minta pak cik atau mamat yang duduk tepi jalan yang nak dijadikan 'Rakyat Hakim Negara' itu selak sikit sebanyak buku undang-undang.

Bukan apa...jangan nanti 'loyar buruk' yang nak dihimpunkan jadi 'hakim'.
Liwat bukan kes main pondok-pondok.
Ingat kata-kata keramat Presiden Abraham Lincoln : You can fool all the people some of the time and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time.
Apapun...Selamat Berjuang Nurul Nuha.-

Source : agenda daily

No comments: