NUFFNANG

Tuesday 17 February 2015

[DR MAZA ADA BRAN ATAU TAKUT MENIKUS?? ... ] ... Ustaz Zamihan Cabar Dr Maza Berdebat "Siapa Wahabi".

[DR MAZA ADA BRAN  ATAU TAKUT MENIKUS?? ... ] ... Ustaz Zamihan Cabar Dr Maza Berdebat "Siapa Wahabi".



Mufti Perlis, Dr Asri Zainol Abidin diajak 
berdebat oleh Presiden Pertubuhan Ahli 
Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), 
Ustaz Zamihan Mohd Zain sebentar tadi.

Ajakan debat ini berpunca daripada ketidak
puasan hati Ustaz Zamihan apabila namanya 
dikritik oleh Dr Maza ketika Mesyuarat 
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sedang 
berlangsung minggu lepas.


Puncanya adalah apabila isu Wahabi 
dibangkitkan oleh Profesor Zakaria Stapa 
yang mewakili Universiti Kebangsaan 
Malaysia di dalam mesyuarat tersebut.

Dr Maza yang juga pensyarah di Universiti 
Sains Malaysia menemplak pembentangan 
berkenaan isu Wahabi tersebut dan 
mengatakan Ustaz Zamihan adalah seorang 
yang ekstrim.

Ustaz Zamihan juga mengajak Dr Maza 
untuk berdebat secara terbuka dan tajuk 
yang dicadangkan oleh Ustaz Zamihan 
adalah "Siapa Wahabi".

Beliau juga mendakwa akan menghantar 
surat rasmi ke pejabat Mufti Negeri Perlis 
dan meminta pihak Dr Maza menghubungi 
beliau di nombor telefon 012 2465518 
atau emal ke alsalafi76@yahoo.com 
jika berani untuk menyahut cabaran 
debatnya.                                                                                                    

No comments: