NUFFNANG

Tuesday 3 February 2015

[RAKYAT MALAYSIA KENA TAHU DAN FAHAM] Hujah penting DNA DI TOLAK HAKIM dalam mahkamah lagi

[RAKYAT MALAYSIA KENA TAHU DAN FAHAM] Hujah penting DNA DI TOLAK HAKIM dalam mahkamah lagi


Hujah pihak peguam pembela Anwar ketika di Mahkamah Persekutuan adalah untuk pertikai dan persoal apa saja bukti yang dibawa pendakwaan dan disabitkan oleh Mahkamah2 sebelum ini. Padahal Mahkamah Persekutuan hanya terlibat dengan point of law.

Ketika peguambela2 Anwar berhujah di Mahkamah Persekutuan, mereka kerap kali ditegur pihak hakim. Hal ini langsung tidak dilaporkan oleh media.

Adakah ini penentu keputusan mengekalkan hukuman salah terhadap Anwar yang telah diputuskan di Mahkamah Rayuan?

Pada hari 1 perbicaraan pada Okt 28 2014, Hakim Tun Ariffin Zakaria ada mengingatkan Dato Gopal Sri Ram bahawa Mahkamah Persekutuan tidak semestinya menerima hujah beliau tentang isu-isu lama seperti kredibiliti dan teori konspirasi berhubung Saiful Bukhari.

Gopal akui dan hanya kata “he being instructed by his client”.

Ketika penggulongan, Gopal mendakwa tidak wujud kesan KY Jelly dan air mani di atas karpet tempat berlakunya liwat dan kemudian kata carpet telah cuba disorok.

Hakim Ariffin mencelah memberitahu air mani berada dalam anus bukan atas karpet. Turut diberitahu tiada sorokkan kerana pemilik kondo tunjukkan karpet yang dipindah ke kondo lain untuk pegawai penyiasat dan lain-lain pihak ambil untuk siasatan.

Kesilapan fakta Gopal memalukan sungguh.

Betul-betul paling monyet antara peguambela Anwar

N Surendran cuba berhujah keterangan luar kandang saksi oleh Anwar patut diterima. Dia ditegur Hakim Tun Ariffin. Keterangan luar kandang saksi hanya “assumption” dan tidak boleh dijadikan bukti.

Ketika itu Gopal menggeleng kepala melihat kedangkalan hujah Surendran.



Sangeet Kaur dan Ram Karpal Singh diserahkan untuk berhujah tentang isu-isu penting melibatkan DNA. Namun kedua-dua mereka banyak sekali ditegur dan boleh dianggap banyak hujah mereka ditolak hakim.


Pada hari 2 Okt 29, Sangeet Kaur hujah DNA yang diperolehi tidak mempunyai kredibiliti dan menimbulkan isu pemeriksaan bukti DNA. Beliau diminta Hakim Ariffin untuk tunjuk rujukan MLJ yang digunakan untuk penghujahan.

Ketika cuba dakwa waran tangkap tidak mempunyai “ground of arrest”, Hakim Tun Ariffin arah hujah dihentikan kerana hanya andaian dan lari topik.

Ketika giliran Ram Karpal semasa sesi penghujahan, dia timbulkan isu kewujudan DNA “Male Y” dan DNA pihak ketiga dan dakwa tiada kaitan DNA Anwar dalam sampel “Male Y” dengan air mani di “anus” Saiful. Pada sesi penggulungan di hari ke 7 Nov 6, Ram dakwa ada pencemaran sampel.

Ini menimbulkan keraguan panel kehakiman dan Hakim Tun Ariffin bertanya bagaimana beliau boleh memutuskan sampel DNA telah “compromised” dan “contaminated”.

Dia merujuk kes Hanif Basri tapi terus disangkal Hakim Tun Zakaria sebagai tidak sama kerana kes Hanif yang merupakan kes bunuh.

Malah Hakim Tan Sri Suryadi turut menyatakan Ram tidak boleh menafikan kehadiran DNA “Male Y” milik Anwar.

Semasa penghujahan Ram ada mendakwa “sampel” ujian DNA sudah alami “degradation” tapi tak boleh dipakai kerana DNA lengkap masih dapat diperolehi dari sampel. Kemudian dia dakwa tiga doktor HKL tidak boleh bukti ada penetrasi. Hakim Tun Ariffin mencelah untuk jelaskan hanya pakar kimia boleh dibuktikan penetrasi.

Ram main rambang mempertikaikan saksi Jabatan Kimia, doktor yang memeriksa Saiful dan pegawai penyiasat. Hakim mencelah menyatakan kredibiliti pegawai penyiasat dalam kes yang ditimbulkan SUHAKAM tidak bermakna dia tidak berkredibiliti dalam kes lain.

Walaupun banyak hujah mereka telah ditolak, pihak pencacai masih cuba mewar-warkan hujah-hujah yang ditolak hakim, terutama semua teori konspirasi yang dirikayasa Anwar terhadap Saiful.

No comments: