NUFFNANG

Saturday 14 February 2015

[PANASS !! GAMBAR-GAMBAR] KETAKSUBAN KEPADA NIK AZIZ


[PANASS !! GAMBAR-GAMBAR]  KETAKSUBAN KEPADA

 NIK AZIZ





1 rakaman foto yang dikatakan memaparkan imej kabur tertera kalimah Allah yang terbentuk dari kepulan awan putih kini sedang viral di laman sosial Facebook dan pesanan mesej applikasi Whatsapp.

Foto itu memperlihatkan suasana di Masjid Tok Guru ketika rakyat bersesak datang memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Datuk Nik Aziz.

Tinjauan di laman sosial mendapati terdapat foto yang tertulis kalimah Allah dari awan itu telah dibandingkan dengan foto yang sama yang didakwa rakaman asal. 

Tidak diketahui mana satu foto yang telah diubah suai dan yang mana satu foto rakaman asal.

Seorang pemimpin Pas Pusat yang enggan namanya disiarkan ketika diminta mengulas mengenai foto kalimah Allah menegaskan ketika suasana sedang sedih begini seharusnya orang ramai tidak membuat tafsiran sendiri.

“Saya kadang-kadang bimbang tengok ada penyokong terlalu ke depan buat tafsiran ikut hati angkat berlebihan takut (jadi) taksub,takut tergelincir. Betul (atau) salah gambar itu saya tak nak katalah, Allah yang tahu tapi biar sederhana,” katanya sambil meminta orang ramai terus memanjangkan doa dan bacaan ayat suci Al-Quran untuk disedekahkan kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz.

Dalam perkembangan berkaitan,satu lagi foto yang viral sebelum ini dan didakwa sebagai jenazah Allahyarham Datuk Nik Aziz disahkan palsu sebaliknya foto tersebut memaparkan jenazah Allahyarham Ustaz Yahya Othman.


ANDA NAK LAGI GAMBAR TAKSUB MEREKA ???




Walaupun Nik Aziz semasa hidupnya dan kaum keluarganya tidak percayakan perkara khurafat dan memeranginya,berbeza pula dengan kebanyakan pengikut yang jahil,tidak mengaji kecuali mendengar ceramah politik,selain pengkagum yang mudah kagum kepada 'kuasa ajaib',karomah dan sebagainya, pelbagai kekhurafatan yang diciptakan sepanjang hari ini sebenarnya hanyalah UNTUK MENYEDAPKAN HATI SENDIRI.

Mungkin para pengikutnya tidak sedar,perbuatan mereka sebenarnya menyusahkan,bukannya menyenagkan dan memudahkan.


Kalau benar mereka menyanjungi dan menyayangi Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat,hormatilah pemergiannya tanpa perlu mencipta pelbagai khurafat dan bidaah.

Jikalau benar mereka menyayangi kewibawaannya,terimalah hakikat bahawa dia adalah seorang manusia yang mempunyai kelemahan dan kelebihan

AL-FATIHAH...

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

source : badut rakyat

No comments: