NUFFNANG

Wednesday 11 February 2015

[PAKATAN SEMAKIN KALUT !! ] ... NURUL IZZAH SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG BARU SELEPAS KES LIWAT ANWAR...

[PAKATAN SEMAKIN KALUT !! ] ... NURUL IZZAH SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG BARU SELEPAS KES LIWAT ANWAR...

Sebelum ini MiM telah menulis artikel tentang kebarangkalian Azmin Ali menjadi Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim. Hari ini Wan Azizah kalut menjawab isu pengganti ini.
Laporan portal pro-pembangkang, di antaranya:
Tidak dapat dipastikan sama ada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali diangkat menjadi ketua pembangkang baharu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana keputusan masih belum dibuat, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 
Presiden PKR itu berkata, mesyuarat peringkat Pakatan Rakyat (PR) akan dibuat dalam masa terdekat bagi memutuskan pemimpin yang layak memegang jawatan tersebut. 
"Mana dengar berita itu? Kita tak putuskan apa-apa lagi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik PKR, seterusnya
Yang menariknya ialah kenyataan di bawah:
Pengarah Institut Asia di Universiti Tasmania, Prof James Chin berkata, walaupun Azmin mempunyai kebolehan namun beliau tidak dipercayai DAP.
Azmin tidak dipercayai DAP?

Jika begitu, Pakatan pembangkang bakal mencetus satu lagi polemik pergolakan besar sesama mereka tidak lama lagi. Kita semua tahu bahawa parti PKR ditubuhkan hanya untuk survival politik Anwar Ibrahim dan sekarang beliau berada di dalam penjara Sungai Buloh. 'Perjuangan' asal parti PKR mati setakat itu.

Dan sekarang, anak beranak Anwar Ibrahim bakal hilang kuasa pegangan pada parti PKR jika orang lain dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Yang menyulitkan keadaan ialah Wan Azizah sendiri bukan ahli parlimen. Beliau hanya ADUN Kajang.

Kerana itu, 'Langkah Kajang' dicipta oleh Rafizi Ramli. Jawatan Menteri Besar Selangor diharapkan menjadi PLATFORM untuk Wan Azizah dan keluarga untuk terus tampak berkuasa dan relevan di dalam parti PKR. 

Tetapi Rafizi Ramli terlupa dengan satu elemen yang sangat penting untuk memastikan 'Langkah Kajang' berjaya iaitu Sultan Selangor. The rest is history. DAP dan PKR menderhaka kepada Sultan Selangor manakala Anwar Ibrahim menanggung malu besar apabila gelaran 'Datuk Seri' beliau dilucutkan oleh baginda. Begitu juga dengan Wan Azizah yang malu besar kerana pencalonan beliau ditolak.

Adalah tidak munasabah jika Wan Azizah menjadi Ketua Pembangkang di luar Dewan Rakyat manakala orang lain di dalam Dewan Rakyat. Flow of command nya akan hancur dan memalukan.

Tetapi, dengan meletakkan orang lain sebagai Ketua Pembangkang, maka tamatlah legasi Anwar Ibrahim. Memang masih ada Wan Azizah dan Nurul Izzah tetapi mereka hanya sekadar ADUN, ahli parlimen dan ahli jawatankuasa parti yang perlu berdepan dengan Ketua Pembangkang yang bukan keluarga Anwar Ibrahim.

Wan Azizah mungkin mencalonkan diri beliau di PRK Permatang Pauh untuk kerusi ahli parlimen. Tetapi, untuk layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya, calon tersebut mesti tinggal di negeri di mana beliau akan bertanding. Jika desperado, Wan Azizah akan tukar alamat dan bertanding di Permatang Pauh.

Tetapi Wan Azizah pernah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen hanya kerana untuk memuaskan politik suaminya. Mahu bertanding di tempat yang sama sekali lagi atau anak beliau? 

Jika beginilah senario politik PKR dan Pakatan Pembangkang, hanya satu nama sahaja yang mungkin difikirkan oleh Wan Azizah untuk menyambung saki baki 'legasi' Anwar Ibrahim di dalam PKR dan Pakatan Pembangkang. Beliau ialah Nurul Izzah.

Ada logiknya. Jika Prof James Chin mengatakan bahawa Azmin Ali tidak dipercayai oleh DAP, maka DAP sudah pasti begitu berat untuk menerima pencalonan Azmin Ali sebagai Ketua Pembangkang.Makanya, next choice ialah Nurul Izzah.

Tetapi,
1. Apakah Nurul Izzah mampu menjadi Ketua Pembangkang yang dapat mengawal DAP yang semakin sombong, rasis, bongkak dan biadap?  
2. Mampukah Nurul Izzah menyakinkan kepimpinan PAS, selain daripada geng Anwarinas dalam PAS?
Lebih malang, Nurul Izzah juga ada isu yang sangat memalukan dan akan sentiasa menghantui beliau. Sebelum ini, Nurul Izzah telah mengaku bersalah kerana menabur fitnah dan membuat kenyataan palsu terhadap DS Raja Nong Chik. 

Nurul Izzah telah berbohong besar tentang pembelian tanah dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr. Ismail, sehari sebelum PRU-13.


Nurul Izzah juga ada isu besar yang lain. Lihat di bawah :

Tetapi jika mahu meneruskan kesinambungan Anwar Ibrahim, isu-isu di atas terpaksa ditelan biarpun pahit oleh Wan Azizah dan anaknya itu.

Apa pun, dengan segala konflik, imej negatif dan pergolakan dalam Pakatan, kita lebih cenderung untuk memikirkan bahawa Pakatan Pembangkang akan hancur juga. Sudah tidak ada orang tengah yang dapat meredakan perbalahan teruk di antara DAP dan PAS. Pelakon utamanya sudah tiada lagi.

Seperkara lagi, MiM percaya Abdul Hadi Awang PAS juga ada maruahnya. Tatkala ada pihak yang ikhlas menghulurkan persahabatan atas nama agama dan bangsa, rakan politik sendiri yang memaki hamun dan menghina. Rakan politik ini pula semakin besar kepala, chauvinis, kurang ajar dan melampau.

Kerana itu kita percaya bahawa keruntuhan Pakatan Pembangkang sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Anda baca juga artikel ini tentang pembohongan Pembangkang tentang kes Anwar :KLIK SINI 

source : dr mim

No comments: