NUFFNANG

Thursday 26 February 2015

[LOKMAN ADAM : ANWAR TERNYATA MASIH LEMBIK SEPERTI DUL] ... Cakap saja "Kalau Takut Dengan Risiko, Jangan Bicara Tentang Perjuangan"

[LOKMAN ADAM : ANWAR TERNYATA MASIH LEMBIK SEPERTI DUL] ... Cakap saja "Kalau Takut Dengan Risiko, Jangan Bicara Tentang Perjuangan"









ANWAR TERNYATA MASIH LEMBIK SEPERTI DULU

Coretan Ringkas Lokman Adam

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli semalam dengan penuh angkuhnya mengatakan bahawa Anwar tidak mengeluarkan arahan kepada peguamnya untuk memohon Pengampunan DiRaja kerana tetap dengan pendirian “tidak bersalah”.  Maka ketika itu semaraklah semangat anak-anak muda seperti Adam Adli, Fahmi Zainol dan lain-lain lagi kerana mempunyai seorang idola yang kononnya berpegang kepada prinsip serta tinggi daya juangnya.

Hari ini pula, tiba-tiba Sivaji The Boss telah menghantar isteri dan anaknya Nuha untuk meminta Pengampunan DiRaja dan sekaligus mematikan api perjuangan anak-anak muda dan para demonstran yang jenuh terpekik terlolong setiap kali demonstrasi Kita Lawan diadakan.

Kekecewaan yang dirasai oleh penyokong Anwar ini sangat saya fahami kerana saya turut merasainya ketika ditahan di bawah ISA sekitar tahun 2001-2003 dulu kerana mengepalai beberapa siri demonstrasi.  Perasaan kagum saya terhadap daya juang Anwar musnah pada suatu petang apabila kami menerima panggilan telefon Anwar dari Penjara Sungai Buluh.

Panggilan Anwar sekitar awal tahun 2003 itu jelas berbeza berbanding panggilan-panggilan beliau yang selalu kami terima sekitar jam 5.30 petang setiap hari.  Jika selalunya ianya penuh dengan pengarahan dan kata-kata semangat, namun pada hari tersebut, saya dan Sdr Ezam Md Nor tergamam bila mendengar luahan perasaan Anwar yang cukup mengejutkan.  Saya takkan lupa ayat Anwar pada Ezam petang tersebut, "Zam, i dah tak boleh tahan hidup disini (Sg Buluh), carilah jalan dengan apa cara sekalipun supaya kita bebas, nak deal dengan UMNO pun deal lah Zam"

Ayat-ayat Anwar itu menghilangkan rasa hormat saya pada Anwar yang berdegar-degar berucap di atas pentas ceramah.   Langsung tidak kami sangka bahawa manusia yang kerap mengunakan kata retorik seperti "Kalau Takut Dengan Risiko, Jangan Bicara Tentang Perjuangan" dan pelbagai kata-kata  lain, akhirnya meluahkan perasaan putus asa dan menunjukkan betapa lemahnya daya juang beliau sebenarnya.  Padahal, ketika dipenjarakan di Sungai Buluh, beliau tinggal di Klinik Penjara yang jauh lebih selesa berbanding banduan lain.

Hari ini sekali lagi Anwar telah membuktikan betapa lembiknya beliau dengan mengemukakan petisyen memohon Pengampunan DiRaja.  Pasti terlalu ramai yang kecewa bila Anwar akhirnya mengaku bersalah.  Tapi hari ini saya menarik lafas lega dan tumpang gembira.  Gembira kerana Anwar memohon pengampunan daripada  Institusi DiRaja yang hendak dihapusnya.  Dan kedua, saya juga gembira kerana tidak sabar hendak melihat bagaimana Anwar hendak memohon Pengampunan daripada Lembaga Pengampunan yang akan turut dianggotai oleh Dato Seri Najib selaku Perdana Menteri.
source : unspinners

No comments: