NUFFNANG

Monday 9 February 2015

[HARAP TG AHA DAPAT BERI PENCERAHAN] ... SEBAB SEBENAR PRESIDEN PAS 'BOIKOT' SIDANG AKHBAR PAKATAN PEMBANGKANG...

[HARAP TG AHA DAPAT BERI PENCERAHAN] ... SEBAB SEBENAR PRESIDEN PAS 'BOIKOT' SIDANG AKHBAR PAKATAN PEMBANGKANG...

Daripada semalam MiM telah meneliti kaedah dan spin kepimpinan Pakatan Pembangkang dan media pro-pembangkang untuk menutup konflik yang sangat ketara di antara Presiden PAS dan anak-beranak Lim DAP. 
Foto di atas sahaja sudah cukup menunjukkan betapa teruknya perbalahan tersebut. Ada yang berkata bahawa Hadi Awang telah 'boikot' sidang akhbar tersebut. Ada juga pihak yang berkata Hadi Awang sedang 'bergegas untuk mendirikan solat Zohor.'

Jika ya pun, seluruh kepimpinan Pakatan Pembangkang sepatutnya menunggu sehingga Hadi Awang selesai solat Zohor atau pun pemimpin-pemimpin beragama Islam akan bersembahyang jemaah dengan Hadi Awang. Dan setelah selesai, mereka akan bersama-sama di dalam sidang akhbar tersebut.

Takkan Lim Guan Eng dan kroni tegarnya, Lim Kit Siang DAP marah sebab terpaksa menunggu mereka bersembahyang jemaah!

Ada yang berkata Hadi Awang terpaksa bergegas ke program lain dan lain-lain lagi.

Yang lebih memualkan ialah cara media pro-pembangkang mencuba sedia ada untuk menunjukkan 'solidariti' kepimpinan pakatan pembangkang. Kononnya mereka 'kelihatan mesra' , 'kurang ketegangan' dan pelbagai lagi. Begitu juga dengan cubaan mereka yang spin dan mengharapkan foto-foto Hadi Awang dan Lim Guan Eng DAP duduk semeja dan bersebelahan sebagai 'tanda tidak ada apa-apa di antara mereka'.

Come on ……… rakyat tidak bodoh.

Perbalahan teruk di antara PAS dan DAP sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Lebih parah lagi apabila nama-nama kepimpinan Anwarinas dan mesra-DAP dalam PAS yang mahu menjatuhkan Hadi Awang telah didedahkan oleh ahli-ahli PAS sendiri. BACA SINI

Malah kehadiran Menteri Besar Kelantan yang dihina teruk oleh Lim Guan Eng DAP sebelum ini juga sungguh memalukan.

Media melaporkan bahawa, mesyuarat majlis yang diadakan dalam keadaan sakit hati antara PAS dan DAP itu memutuskan Pakatan pembangkang akan mengadakan siri mesyuarat khas untuk membincangkan perkara pilihan raya PBT dan rang undang-undang hudud Kelantan, satu lagi kaedah murahan untuk menutup busuk mual konflik di antara DAP dan PAS.

Media pro-pembangkang juga melaporkan,
Sementara sumber berkata walaupun tiada pertengkaran, suasana tidaklah begitu meriah. 
“Suasana tidak meriah tetapi tidak ada sesiapa yang hendak menyerang antara satu sama lain,” katanya yang juga ahli mesyuarat dengan syarat nama tidak disiarkan.
 Kita sebenarnya sedang menunggu percaturan Hadi Awang untuk membawa parti PAS keluar daripada Pakatan Pembangkang. Sudahlah beliau dihina, dijatuhkan maruah dan diperkotak-katikkan oleh DAP, beliau sendiri berdepan dengan geng Anwarinas dan mesra-DAP di dalam parti sendiri.

Nama-nama mereka ini pun telah didedahkan oleh ahli-ahli PAS sendiri: BACA SINI

source : dr mim

No comments: