NUFFNANG

Wednesday 25 February 2015

[KELICIKAN ANWAR DAN KELUARGA TERBUKTI] ... Liwat Tetap Liwat! Sebab Sebenar Anwar Ubah Keputusan, Akhirnya Dia Buat Rayuan Pengampunan Kepada YDP Agong

[KELICIKAN ANWAR DAN KELUARGA TERBUKTI] ... Liwat Tetap Liwat! Sebab Sebenar Anwar Ubah Keputusan, Akhirnya Dia Buat Rayuan Pengampunan Kepada YDP Agong

‎Semalam juak juak Pakatan Pembangkang mempersembahkan aksi aksi lawak dalam persada politik tanahair.....

Petang tadi rakyat Malaysia disajikan pula dengan aksi aksi drama oleh famili Ketua Pembangkang....!

Sejak beberapa hari yang lalu, jurucakap Anwar yang juga merupakan Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah membuat kenyataan yang berulang kali dengan tegas bahawa Anwar Ibrahim tak akan menyembah kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk membuat Rayuan Pengampunan.

Kita sedia maklum bahawa sebarang Rayuan Pengampunan Agong selalunya dibuat oleh mana mana banduan yang sudah mengaku bersalah dan sedang menjalani hukuman. Dengan itu, jika Anwar bersetuju untuk mengemukakan rayuannya, adakah membawa maksud dia sudah pun mengaku bersalah...?

Petang tadi adegan adegan drama pun dijalankan walaupun Pengarahnya tidak ada dilokasi. Demi untuk mengemis simpati maka Wan Azizah pun mengheret anak anak dan cucu cucunya sekali sewaktu bertandang ke Istana Negara.

Itulah kisahnya drama oleh famili yang suka cakap berbelit-belit. Sekejap nak tunjuk lagak berani mendabik dada mahu jadi Hero Rakyat tak gentar masuk penjara, tiba tiba berubah pendirian terpaksa usung segerombolan ahli keluarga daripada isteri, sehinggalah anak dan cucu pergi menyembah membuat rayuan....

Kesianlah nasib penjilat penjilat tegar Anwar yang sanggup bazirkan masa berembun menyalakan lilin Solidariti diwaktu malam depan penjara Sungai Buloh dan mereka yang sia siakan waktu dihujung minggu untuk menyertai demo haram depan pusat membeli belah SOGO.

Akhirnya idola yang mereka sanjung dan jilat itu bukanlah hero...! Natijahnya sudah mengalah dan membuat Rayuan Pengampunan Diraja, sesuatu yang lazimnya dilakukan oleh pesalah pesalah yang mengakui kesalahanya itu.

Untuk tafsiran Rayuan Pengampunan Diraja; apabila seseorang itu menyembah rayuannya kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, dia mohon ihsan untuk diampunkan kesalahannya itu, dalam kes ini kesalahan meliwat!

Padahal sebelum ini bukan main kuat Anwar dan kuncu-kuncunya menyalak "kesalahan meliwat itu tak pernah dilakukan oleh Anwar".

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

No comments: