NUFFNANG

Tuesday 24 February 2015

[SANDIWARA ATAU KISAH BENAR?] ... MALU BESAR ! PAS DEDAHKAN PEMBOHONGAN KOTOR PARTI DAP !

[SANDIWARA ATAU KISAH BENAR?] ... MALU BESAR ! PAS DEDAHKAN PEMBOHONGAN KOTOR PARTI DAP !

Sebelum ini MiM telah menulis kenyataan DAP yang memberi 'amaran' kepada Pas supaya tidak membentangkan pindaan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan nanti.
Jika kita mahu percaya dengan 'amaran' DAP in, maka tarikh 18hb Mac 2015 akan menyaksikan parti PAS ditendang keluar daripada Pakatan Pembangkang. Ianya kerana tarikh tersebut merupakan tarikh pembentangan rang undang-undang Hudud Pas di Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Tetapi apabila kita melihat kembali sarkas politik di antara PAS dan DAP ini, rakyat sudah tidak lagi mempercayai 'amaran' dan 'kecaman' mereka itu. Kedua-dua parti itu lebih banyak berlakon skrip murahan untuk mengaburi mata penyokong masing-masing. Mereka bercakaran dan tikam lidah di depan rakyat tetapi realitinya, mereka masih berpelukan dan bersama.
DAP juga mendakwa bahawa rang undang-undang hudud itu tidak mendapat sokong­an daripada pakatan pembangkang. DAP sekali lagi kantoi berbohong apabila PAS menjelaskan perkara yang sebenarnya. Penolong Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan telah mendedahkan pembohongan kotor parti DAP.  

Media melaporkan kenyataan Takiyuddin yang juga Ketua Sekretariat Hudud Negeri Kelantan yang membidas pemimpin DAP kerana berbohong apabila berterusan 'menjaja' cerita Pas tidak pernah mengadakan perbincangan mengenai pelaksanaan enakmen tersebut dalam pakatan pembangkang.
"Pada satu mesyuarat majlis pimpinan tertinggi pakatan pembangkang pada 21 September 2011, telah dipersetujui, Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika itu mengatakan isu hudud tidak boleh main sebab akan menjejaskan sokongan rakyat kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 
"Tapi Presiden kita (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebut awak (Kit Siang) tidak boleh halang pelaksanaan ini kerana hudud telah diluluskan sejak tahun 1993 sebelum wujudnya pakatan pembangkang. Tidak adil mana-mana parti dalam pakatan untuk sekat Pas melaksanakan hudud di Kelantan,” katanya. 
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, selepas itu, Pas sekali lagi mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi DAP bagi memberi penerangan mengenai hudud yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti itu di Sungai Besi, Kuala Lumpur ada 10 Oktober 2011. 
“Ketika itu, Pas yang diketuai Mohamad Sabu (Timbalan Presi­den), Mohd. Amar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri) dan saya sendiri memberi taklimat kepada pimpinan DAP. 
“Bila ada pimpinan DAP kata Pas tidak pernah bawa bincang, itu bohong,” tegasnya - sumber
Nampaknya, parti DAP telah membohongi penyokong-penyokong mereka yang majoritinya kaum Cina. Kononnya mereka menentang Hudud tetapi pendedahan di atas jelas menunjukkan pembohongan parti DAP kepada pengundi-pengundi yang telah mengundi DAP dan Pakatan Pembangkang.

Sanggup mereka membohongi rakyat apabila mengatakan 'isu hudud tidak boleh main' hanya kerana mahu menipu rakyat supaya mengundi mereka. Pembohongan DAP yang didedahkan oleh PAS ini mesti didedahkan kepada pengundi-pengundi bukan Islam yang lain untuk menunjukkan betapa jahatnya politik parti DAP yang sanggup membohongi rakyat tanpa rasa bersalah.    

Dan tatkala DAP menyarankan PAS keluar daripada Pakatan Pembangkang, parti PAS pula yang menyarankan perkara yang sama kepada parti DAP! Kenyataan Takiyuddin Hassan:
"Pakatan pembangkang bukan kepunyaan DAP malah pakatan pembangkang tidak ada ketua. Kalau dia (DAP) tidak setuju (laksana hudud) dia keluarlah pakatan pembangkang. 
“Dia tidak boleh menyingkirkan kita. Kalau suami boleh ceraikan isteri, ini tiada suami tiada isteri. DAP tidak ada hak. Pecah tidak pecah bergantung pada DAP,” katanya. seterusnya
Anwar Ibrahim tentu merengek apabila PAS mengatakan bahawa pakatan pembangkang sudah 'tidak ada ketua'. Dalam masa yang sama, plot tarik tali di antara PAS dan DAP yang saling memberi amaran dan menyarankan keluar daripada pakatan pembangkang sudah pasti akan memualkan rakyat.

Acap kali kita dengar tentang 'amaran' dan 'keluar pakatan pembangkang' tetapi PAS dan DAP masih tidur sekatil dan mimpi bersama. Wayang kulit kedua-dua parti ini sudah tidak dipercayai lagi oleh rakyat. Malah, penyokong kedua-dua parti juga berasa tertipu dan diperbodohkan sehingga ke hari ini.

Hari ini juga menyaksikan nasib malang Anwar Ibrahim di dalam arena politik : BACA SINI

source : dr mim

No comments: