NUFFNANG

Wednesday 25 February 2015

[PANAS BERAPI] ... KESILAPAN BESAR KELUARGA ANWAR BILA MEMOHON PENGAMPUNAN DI-PERTUAN AGONG !

[PANAS BERAPI] ... KESILAPAN BESAR KELUARGA ANWAR BILA MEMOHON PENGAMPUNAN DI-PERTUAN AGONG !

Drama kes liwat Anwar Ibrahim sampai kemuncaknya apabila borang permohonan pengampunan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Media melaporkan kenyataan keluarga Anwar Ibrahim yang berkata bahawa permohonan meminta pengampunan itu kononnya 'inisiatif keluarga selepas berlakunya pengetepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Anwar'

Jika kita rujuk kepada kenyataan di atas, mereka seolah-olah telah menghina Mahkamah Persekutuan yang kononnya 'mengetepikan prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan'. 

Realitinya ialah Anwar Ibrahim sendiri yang mengabaikan 'prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan' apabila beliau enggan bersumpah dikandang saksi dan tidak membenarkan pendakwaan menyoal balas. Sebaliknya, Anwar Ibrahim hanya berani bercakap dari kandang tertuduh dan pendakwaan tidak boleh soal balas.

Tindakan Anwar yang memilih keterangan dari kandang tertuduh disifatkan bacul dan penakut oleh sesetengah pihak.
Anwar yang selama ini sering melaung-laungkan konsep lawan tetap lawan, ketelusan dan keadilan, tetapi memilih pendekatan sebaliknya, apabila beliau menutup ruang pasukan pendakwa menyoal balasnya untuk menguji sejauh manakah kebenaran tuduhan-tuduhannya. 
“Kerana ia tidak dibuat melalui sumpah, tertuduh (yakni Anwar) langsung tidak boleh disoal balas oleh Pendakwaraya atau disoal oleh mahkamah. 
“Kalau bahasa kasarnya, tertuduh sekadar baca kenyataan syok sendiri.  
Perumpamaannya macam burung kakak tua bercakap, atau lebih canggih lagi, macam pasang CD saja dalam mahkamah. 
“Hakim tidak akan mencatat sebutir apa pun yang dicakapkan oleh tertuduh sebab tiada nilai perundangan”, kata Zulkifli. seterusnya
Jika kita rujuk kepada portal Jabatan Penjara Malaysia :
Setiap banduan yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah berhak untuk membuat petisyen kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong atau Sultan atau Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri. 
Berasaskan 3 peruntukan di bawah menjelaskan lagi hak banduan untuk membuat petisyen tersebut iaitu;  
1. Perkara 42 (1), Perlembagaan Persekutuan 
"The Yang di Pertuan Agong has power to grant pardons, reprieves and respites in respect of all offences which have been tried by court martial and all offences committed in Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan; and the Ruler of Yang di Pertua Negeri of a State has power to grant pardons,reprieves and respites in respect of all offences committed in his State." 
2. Banduan Sabitan Bukan Hukuman Mati 
Peraturan 113, Peraturan Penjara 2000 113 (1) Banduan jika hendak, boleh membuat petisyen kepada SPB Agong Sultan atau Raja atau TYT ? kali pertama seberapa segera selepas sabitan. Kemudiaannya selepas 3 tahun dari tarikh sabitan dan selepas itu lat 2 tahun. 
3. Banduan Hukuman Mati Peraturan 114, Peraturan Penjara 2000
Jika merujuk kepada perkara di atas, pihak yang sepatutnya memohon pengampunan tersebut ialah banduan itu sendiri iaitu Anwar Ibrahim. Tetapi lain pula yang berlaku.

Dan biar apa pun spin Pakatan Pembangkang dan sama ada ianya Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan atau pun Peraturan 113, Peraturan Penjara 2000, proses pengampunan ini ialah terhadap hukuman yang telah dijatuhkan kepada banduan setelah disabitkan dengan kesalahan tersebut oleh pihak mahkamah.

Tetapi lain pula yang berlaku didalam kes Anwar Ibrahim ini. Nampaknya, yang disalahkan ialah pihak Mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman tersebut walau pun mereka tidak menyatakannya secara spesifik.

Kata mudah, orang akan meminta pengampunan kepada kesalahan yang mereka lakukan.

Dan dalam kes Anwar Ibrahim ini, beliau bersalah kerana telah terbukti meliwat pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari. Maka, pengampunan ini adalah terhadap kesalahan meliwat bukannya kepada pihak yang menjatuhkan hukuman itu.

Kesilapan keluarga Anwar Ibrahim ini sangat jelas.

Dan rasionalnya, Yang Di-pertuan Agung tidak akan sekali-kali berpihak dan menyokong mereka yang mempertikai serta menghina institusi kehakiman. Dan tidak mungkin Yang Di-pertuan Agong akan bersetuju bahawa institusi mahkamah 'tidak adil' dan salah. 

MiM yakin rakyat amat faham dengan pendirian Yang di-pertuan Agung, Raja perlembagaan.

Apa pun yang bakal terjadi, janganlah pula Pakatan Pembangkang dan pencacai-pencacainya menyerang dan menghina Yang Di-pertuan Agung dan institusi Raja Perlembagaan jika Anwar Ibrahim tidak diampunkan oleh baginda. 

Kemungkinan ini perlu diceritakan lebih awal kerana Pakatan Pembangkang memang mempunyai sejarah hitam menghina dan menderhaka kepada institusi raja di negara.

Contoh klasik ialah apabila Pakatan Pembangkang menderhaka kepada titah Sultan Selangor semasa pemilihan Menteri Besar Selangor yang baharu.
Kerana itu juga, Anwar Ibrahim menanggung malu besar apabila dilucutkan gelaran 'Datuk Seri' oleh Sultan Selangor.

Isu terbaru Anwar Ibrahim ini akan menyebabkan kepimpinan Pakatan Pembangkang terkapai-kapai mencari alasan untuk menegak benang yang basah.

Sebelum ini terdapat laporan kenyataan seorang ahli Parlimen PAS yang berkata bahawa sekiranya Anwar memohon pengampunan, ia seperti membuktikan bahawa Anwar bersalah di atas tuduhan meliwat. 

Rafizi Ramli, pencetus 'Langkah Kajang' yang memalukan seluruh kepimpinan Pakatan Pembangkang, pula berkata bahawa Anwar tidak mengeluarkan arahan kepada peguamnya untuk memohon pengampunan diraja kerana tetap dengan pendirian “tidak bersalah”.

Tetapi sekarang, segalanya menjadi tunggang-langgang.

Malahpembohongan tentang kes liwat Anwar Ibrahim masih tidak dijawab sehingga ke hari ini : BACA SINI

source : dr mim

No comments: