Nanyang Siangpau : Masa Kit Siang Berundur Politik
AIDCNews – 28/11/13 – Akhbar Nanyang Siangpau melalui tulisan Liew Suh Kian bertarikh 21 November 2013merumuskan inilah masa terbaik untuk penasihat DAP, Lim Kit Siang berundur dari arena politik yang diceburinya sejak dari tahun 1960-an.
Menurutnya, Kit Siang yang kini telah mencecah umur 72 tahun, tidak perlu lagi berpolitik segarang seperti seekor harimau sepertimana usia mudanya.
Jika Kit Siang berundur politik dengan menyiapkan pelapis sepertinya ia tetap diingati buat selama-lamanya.
“Saya anggap Kit Siang tidak perlu lagi garang seperti seekor harimau, beliau sepatutnya melepaskan kuasa dan kedudukannya kepada golongan muda, susun pengganti secara kemas dan lengkap.
“Jika beliau dapat membentuk diri sebagai satu titik noktah yang unggul dalam arena politik sendiri, dengan secara baik menyusun pengganti, ramai yang akan dengan bangganya menyanjung beliau.
“Satu masa nanti, walaupun DAP tiada Kit Siang, parti itu tetap akan bersatu, ini barulah boleh dikatakan kejayaan sebenar Kit Siang. Dalam hayat hidup seseorang, kita mempunyai pengalaman berbeza-beza, sekarang ini kuasa di tangan Kit Siang, sudahkah beliau membuat persediaan itu?.”
Penulis turut membandingkan sikap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Kit Siang yang dipetik dari laman chedet.cc/
“Dr. Mahathir bertanya kepada Kit Siang bila mahu berundur? Adakah mahu memegang jawatan sehingga akhir hayat? Dr. Mahathir memang terkenal dengan terus terangnya dan keceluparan mulutnya.
“Dalam masyarakat majmuk, yang berpolitik dan yang bekerja ada kalanya dituduh dan difitnah orang. Kebanyakan orang yang suka menuduh dan memfitnah itu biasanya memaparkan sikap sebenar mereka sendiri.
“Ada juga orang yang yang dituduh itu tidak ambil peduli tentangnya kerana mempunyai agenda ataupun perjalanan yang berbeza, biarlah orang lain cakap apapun, mereka tidak melayannya. Kerana kes seperti itu, ada yang sanggup membela Kit Siang, menuduh orang Cina menganiaya Kit Siang.
“Kit Siang telah memperjuangkan demokrasi negara kita selama puluhan tahun, ada masanya naik, ada masanya turun. Semua kaum mengenali Kit Siang. ”
Dr Mahathir bersara politik pada tahun 2003 dan selepas itu beliau tidak bertanding lagi sebagai ahli parlimen, namun Kit Siang pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) masih lagi bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor.
“Kit Siang dalam keadaan melawan arus yang begitu kuat telah menghambat keluar bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Diberitakan Abdul Ghani bertanding di Gelang Patah atas cadangan Dr. Mahathir, kekalahan itu pastinya Dr. Mahathir tidak akan lupa.
“Soalan Dr. Mahathir itu, ada udang di sebalik batu, kesimpulannya maksud itu adalah jika bukan kerana Kit Siang sudah tentu Abdul Ghani kekal menjadi menteri. Ada sesetengah orang kata ia memalukan orang Cina kerana orang Cina terhutang budi kepada Kit Siang. Tetapi Kit Siang tidak sepatutnya kerana menang sudah pudar fikiran, sepatutnya muhasabah diri kenapa seseorang pemimpin itu kekal terlalu lama sehingga menyebabkan timbul banyak masalah dan fitnah.
“Sepatutnya Kit Siang jadi contoh yang baik untuk DAP dengan memberi laluan kepada pelapis. Parti adalah sebuah pertubuhan orang ramai, ia juga mempunyai jangka hayat. Politik boleh diumpama satu taktik, boleh berubah pelbagai cara untuk menutup kerakusan dan niat peribadi seseorang.
“Tetapi pembaharuan dalam pucuk pimpinan itu amat perlu. Umpama pokok yang sudah tua, akan tumbuh yang muda untuk kesinambungan. Pemimpin yang berkualiti bukan selamanya tidak melepaskan kuasa di tangan, mereka sepatutnya membuat persediaan mencari pengganti.
“DAP pada mulanya bergerak secara solo kini telah wujudkan pakatan pembangkang, mengambil masa dan liku-liku yang sangat panjang. Kit Siang ialah pemimpin veteran dalam DAP, beliau hebat kerana mampu menggunakan tiga bahasa dengan baik, memang hebat berhujah di Dewan Rakyat. Apabila umurnya semakin hari semakin meningkat, sepatutnya beliau layak menjadi pemangkin kepada golongan muda untuk teruskan perjuangan,” katanya lagi.
source : aidc
No comments:
Post a Comment