Masih Pedulikah Mohd Najib Tentang Keselamatan Rakyatnya?- Kembalikan Semula Akta ISA
Posted on August 15, 2013 by rmf7
Oleh rmf
Mungkin Post saya agak ketinggalan masa, Mungkin ketinggalan bas express, tetapi saya rasa , saya mempunyai pendirian yang cukup jelas dan tegas daripada PerdanaMenteri yang bernama Mohd Najib dalam isu pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA , Ordinan Darurat(EO) dan Akta Buang Negeri.
Sikap saya amat prejudis dalam hal yang melibatkan keselamatan Negara dan rakyat didalamnya, Mungkin saya bukan seorang Perdana Menteri yang boleh memberikan arahan dan melakukan sesuatu mengikut citarasa , akan tetapi saya mempunyai pandangan yang cukup padu tentang hal ini.
Sejarah telah mengajar kita bahawa falsafah perlindungan tahanan telah terbukti amat berguna dan masih relevan untuk digunapakai. Ianya bukan sahaja akan melindungi rakyat didalam negara tersebut dengan berlandaskan pematuhan undang undang didalamnya, tetapi ianya juga tidak akan menimbulkan kejadian kejadian yang sentiasa berlaku dinegara luar yang mana kumpulan gengster aakan berbunuhan sesama mereka dijalanan.
Kalau kita ikuti sejarah didalam negara ini, berapa banyakkah jenayah yang telah terjadi dimana kumpulan kongsi gelap yang telah bergelimpangan terbunuh akibat pertembungan sesama mereka, jawapannya mungkin ada tetapi tidaklah sehebat peratusan di negara luar. Ini bermakna Akta tahanan tersebut secara tidak langsung telah melindungi mereka dengan tidak secara langsung.
Selepas pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat dan Buang Negeri dilaksanakan dibawah pemerintahan Mohd Najib, kebanyakan para pak menteri terutama Nazri Aziz dan Hishamuddin serta Ahli parlimen cukup bergembira tentang hal ini. Mereka merasakan satu kemenangan bagi mereka kerana dapat melaksanakan tuntutan dari kumpulan minoriti yang mempunyai agenda untuk memperlihatkan negara ini dalam keadaan tidak selamat.
Selepas pemansuhan tersebut kita boleh membilang dengan jari setiap hari bagaimana nyawa rakyat diancam tanpa mengira masa, rakyat telah dibunuh setiap hari tanpa dapat dikekang lagi penularan keganasan susulan tindakan bodoh saorang Perdana Menteri yang cukup takut kekalahan tanpa memikirkan keselamatan rakyat.
Saya berharap segala yang berlaku sekarang ini adalah tanggung jawab Menteri, Ahli Parlimen serta Mohd Najib , keselamatan rakyat telah digadaikan demi kesinambungan politik untuk berkuasa. Kini seluruh rakyat Malaysia berada didalam amat ketakutan susulan tindakan “kurang Akal” daripada seorang Perdana Menteri , Menteri dan juga sokongan Ahli Parlimen.
Dalam pada masa yang sama, Syukur Alhamdullilah masih ada rakyat yang masih prihatin tentang hal ini, mereka melihat bahawa pemansuhan ISA , Ordinan Darurat serta Buang Negeri ini adalah satu kesilapan yang amat besar yang mana tidak pernah dilakukan oleh mana mana negara yang memelihara keselamatan rakyatnya sebagai satu kepentingan mutlak yang sepatutnya diutamakan.
Dalam hal ini juga, pengakuan Menteri KDN tentang peningkatan jenayah amat ketara sekali apabila tindakan pemansuhan dilaksanakan.-baca disini Agak menghairankan saya, apakah yang dilakukan oleh Zahid Hamidi sewaktu didalam Mesyuarat Kabinet berhubung dengan pemansuhan ISA ini? Atau beliau hanya menjadi “terkukur” sahaja didalam sesi memanas kan kerusi empuk di bilik mesyuarat.
Menurut beliau pemansuhan ISA telah berpotensi menghasilkan 260.000 penjenayah, dan setiap penjenayah EO yang dibebaskan purata mempunyai pengikut kana seramai 10 orang dan menjadikan jumlah seramai 26,000 dan akan berpotensi mendapat pengikut biasa seramai 10 orang dan menjadikan jumlah penjenayah di dalam masyarakat kita sekarang ini berjumlah 260.000 orang.
Apakah Mohd Najib, Hisahamuddin serta Zahid lupa bahawa pasukan keselamatan didalam negara ini terdiri daripada orang orang Melayu, Jika benar dan masuk akal jumlah yang disasarkan oleh Zahid , kerajaan terpaksa memperuntukkan keseluruhan kekuatan yang ada didalam pasukan keselamatan untuk membasmi segala atau kesemua penjenayah yang ada di dalam masyarakat sekarang.
Agak tidak logik idea tersebut, tetapi apakah kaedah yang akan dilakukan oleh pasukan keselamatan tentang hal ini, pada masa yang sama pasukan keselamatan yang mana kita tahu kaki tangan mereka dirantai oleh pelbagai undang undang didalam membenteras jenayah yang mana sebahagian daripadanya dilindungi oleh pembangkang didalam negara ini.
Unjuran yang telah dikemukan oleh Zahid Hamidi itu telah mendapat tentangan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang , Hal ini langsung tidak menghairankan saya, kerana saya tahu kumpulan kumpulan kongsi gelap ini kebanyakkannya terdiri daripada orang orang cina yang dilindungi oleh ahli politik dikalangan pembangkang.
Dengan demikian mereka terpaksa memainkan peranan mereka sebagai ahli politik yang mana telah mereka tunjukkan terhadap pandangan nagetif kepada pasukan keselamatan. Mereka juga adalah orang orang yang mendesak, menghimpit, menekan Mohd Najib sehinggakan beliau cukup takut kehilangan undi Cina dan memperjudikan nyawa rakyat dengan melaksanakan pemansuhan ISA dan akta yang berkaitan dengannya.
Sekarang Guan Eng sudah gelabah sebab negeri perintah beliau sendiri, Pulau Pinang adalah antara yang paling teruk dilanda jenayah. Dari dulu lagi Pulau Pinang adalah kawasan panas kongsi gelap tetapi telah berjaya dikurangkan. Kini, tanpa EO dan tangan polis pula terikat, jenayah nyawa dan harta benda meningkat semula.
Seorang Ahli Parlimen pembangkang dari PKR (dan bekas tahanan ISA) yang mengunjungi saya untuk beraya, berkata mereka pun terkejut dengan kepantasan Mohd Najib memansuhkan ISA, EO dan Akta Buang Negeri.
Soalannya, di manakah Ahmad Zahid dan anggota Kabinet lain ketika cadangan pemansuhan ISA, EO dan Akta Buang Negeri itu dibincangkan?Jangan lepas tangan mengatakan Kabinet tidak bincang dan bahas hal itu. Habis apa tugas dan peranan Kabinet? Jangan juga beritahu bahawa itu semua kerja budak-budak liberal dan budak-budak lautan biru Tingkat Empat. Habis, masakan Kabinet “yes sir” saja? Tidak masuk akal. Mustahil.
Kesimpulannya kalau Mohd Najib, ahli Kabinet dan Ahli Parlimen – tidak kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat – telah terlanjur, silalah mengaku kesilapan dan berpatah balik.
Kalau mereka masih peduli kepada 99% rakyat jelata yang cintakan keamanan dan perlukan perlindungan, mereka WAJIB segera membuat undang-undang baru yang lebih tegas bagi menggantikan akta-akta yang mereka mansuhkan.
Tidak perlulah salah-menyalahkan, sanggah-menyanggah dan mencari “mileage” politik murah atas linangan air mata rakyat. Cukuplah buat kerja naif dan main politik.
Negara kita sudah sama teruk dengan negara-negara jiran yang dulu kita cemuh dan kita hina kerana kononnya dipenuhi jenayah.
source : rmf7
No comments:
Post a Comment