NUFFNANG

Thursday 22 August 2013

HOT! Bekas Pembantu Peguam Bela Anwar Serah Dokumen Kepada Peguam Negara

Bekas Pembantu Peguam Bela Anwar Serah Dokumen Kepada Peguam Negara

PUTRAJAYA, 21 Ogos – Bekas pembantu kepada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay Rabu menyerahkan dokumen yang didakwa sijil cuti sakit palsu ketua pembangkang itu bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0 kepada Peguam Negara, di sini.
Yuktes menyerahkan dokumen itu kepada Pegawai Perhubungan Awam Pejabat Peguam Negara Za’ba Abu Bakar.
Beliau berkata dokumen sijil cuti sakit yang didakwa palsu itu dikeluarkan pada September tahun lepas.
“Hari ini, saya menghantar dokumen-dokumen ini kepada Peguam Negara. Saya berharap tindakan yang seterusnya akan diambil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata dokumen yang diserahkan itu merupakan bukti kepada setiap dakwaan beliau terhadap ketua pembangkang itu.
Yuktes berkata beliau turut menghantar surat rasmi dan salinan dokumen itu ke pejabat duta negara-negara Komanwel di ibu negara untuk mendedahkan apa yang didakwanya penipuan ketua pembangkang itu dan barisan peguam yang mewakilinya – Bernama


kzso : sent to AG office? don't expect too much then....

No comments: