NUFFNANG

Thursday, 22 August 2013

" ENDLESS OPPORTUNITIES ' - SURAT TERBUKA YANG MESTI DIBACA OLEH @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @mohdshafieapdal @khairykj

" ENDLESS OPPORTUNITIES ' - SURAT TERBUKA YANG MESTI DIBACA OLEH @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @mohdshafieapdal @khairykj

1. MiM ingin berkongsi pandangan tentang satu isu yang hangat diperkatakan di dalam circle penggerak media pro-BN iaitu tentang slogan terbaru kerajaan iaitu 'Endless Possibilities'.


2. Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan slogan '1 Malaysia' manakala slogan terbaru ini bukan untuk menggantikan slogan lama tetapi untuk komplemen dengannya.

3. Sebenarnya, MiM hairan bagaimana kerajaan bersetuju menggunakan slogan 'Endless Possibilities' untuk 'latest campaign as part of a national branding plan'. Dan slogan ini akan dipromosikan oleh Malaysia.

4. MiM hairan kerana kenapakah sudah tidak ada kombinasi perkataan lain dalam dunia ini yang benar-benar original khas untuk negara tercinta ini dan tidak menimbukan spekulasi atau persepsi negatif hinggakan Najib Razak, pihak kerajaan dan penyokong kerajaan seperti para bloggers terpaksa mengembelengkan masa dan idea untuk mempertahankan kewajaran penggunaan slogan tersebut ?

5. MiM percaya ianya akan berlaku dan pasti akan dijadikan 'peluru' oleh pihak pembangkang hingga menyebabkan motif dan aspirasi asal slogan itu tenggelam hanyut dek perdebatan dan manipulasi mereka.

6. Cuma samaada pihak pembangkang tidak tahu malu atau tebal muka untuk menciplak isu yang telah dibangkitkan oleh bloggers pro-BN. Jika mereka spesis sedemikian, mereka akan mencanang-canangkan isu ini walau pun sekadar menumpang kredit bekas inisiatif bloggers pro-BN.

6. MiM bertanya kerana ada sebabnya. MiM termasuk Rakyat jelata yang lain akan pasti menyoal logiknya penggunaan slogan terbaru itu.

7. Malah, majoriti rakyat yang celik internet sudah tentu akan cuba mencari sebarang maklumat tentang 'Endless Possibilities' di dalam Google.Search atau Yahoo.Search atau sebarang Search Engine yang ada.

7. And true enough! Slogan 'Endless Possibilities' adalah bekas milik pelbagai pihak dan tidak original langsung.

8. Lihat printscreen Google.Search dan Yahoo! Search di muka surat 1 di bawah



9. Kedua-dua search engines itu menyenaraikan yang sama iaitu Sonic Unleashed, satu karakter permainan video game keluaran Sega yang sangat popular di dunia ini.
Sonic Unleashed, later released as Sonic World Adventure (ソニックワールドアドベンチャー Sonikku Wārudo Adobenchā?) in Japan,[13] is a 2008 video game in the Sonic the Hedgehog series developed by Sonic Team[1] and published by Sega for multiple platforms in 2008.
The game follows Sonic the Hedgehog as he attempts to restore the world to normal after his nemesis, Doctor Eggman, splits the world into pieces, as well as his struggles with his new beast form, Sonic the Werehog. Gameplay features two distinct styles, with each being played either during daytime or night-time. 
Daytime stages incorporate Sonic's traditional platforming and trademark speed, with a combination of behind-the-back third-person viewpoints and 2D side-scroller platforming; gameplay seamlessly transitions between these two views.[14] Night-time levels see Sonic transform into the Werehog; gameplay slows down to accommodate greater platform play, and involves combat against waves of enemies using the Werehog's brute strength. more
10. Anda boleh tonton you tube lagu 'Endless Possibilities Full Version' untuk karakter Sonic Unleashed di bawah :


11. Maka, mungkin akan ada mulut-mulut sumbang pihak pembangkang yang akan mengatakan pihak yang memperkenalkan slogan 'Endless Opportunities' itu mendapat idea semasa bermain video game Sonic Unleashed!

12. Memang kelakar tetapi ini adalah di antara pelbagai 'simple logic' yang boleh di spin dan besar kemungkinan akan mempengaruhi rakyat jelata. Siapa juga yang susah?

13. And to make things worst ialah dokumen di bawah :


14. Slogan 'Endless Opportunities' bukan sahaja tidak asli dan lagu untuk Sonic Unleashed tetapi sudah diguna oleh negara Israel !

15.  Seriously, dimanakah logiknya lagi untuk mempertahankan penggunaan slogan tersebut? Di mana?

16. Anda baca juga ini KLIK SINI KLIK SINI dan KLIK SINI

17.  Di sini MiM amat berharap agar Najib Razak dan kepimpinan BN yang supaya menukar slogan tersebut.

18. Impak negatifnya bukan di dalam negara sahaja tetapi bakal mendatangkan kerumitan di luar negara terutamanya negara-negara Islam yang sangat bencikan Israel.

19. Sebagai ganti, MiM cadangkan kepada Najib Razak supaya serahkan slogan itu kepada rakyat untuk menentukannya iaitu dengan mengadakan peraduan. Contohnya "Peraduan Kenapa Malaysia Dihormati Di dunia?' atau yang lain.

20. Peraduan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia tidak kira umur, fahaman politik dan bangsa.

21. Dan dipilih slogan yang terbaik untuk mewakili suara rakyat di mata dunia.

22. Sudah tentu ada hadiahnya. MiM cadangkan kereta Proton Suprima S yang baru sahaja dilancarkan. Siapa yang tidak mahu kereta yang berteknologi tinggi dan bertaraf antarabangsa ini!


23. Oleh kerana Hari Kemerdekaan is just around the corner, MiM cadangkan peraduan mencari slogan terbaik milik rakyat ini di adakan sempena Hari Malaysia pada 16 September ini.

24. Dan segalanya akan berakhir dengan baik hasil usaha penyertaan rakyat Malaysia sendiri di bulan yang penuh bermakna untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara yang tercinta ini.  Insyaallah.

source : Dr. MiM

No comments: